January 1, 2013

Ada Apa Dengan Rusia?

"Apa yang ada di Rusia?"

Itu pertanyaan rakan sepejabat sewaktu saya bercerita keinginan saya hendak ke negara bekas pemerintahan Komunis itu.

Terpempan saya seketika.

Lalu, saya bertanya diri sendiri, "Ya, apa yang mendorong saya ingin ke Rusia?"

Hanya satu yang bermain dalam kotak fikiran saya. Filem animasi Anastasia dengan latar St. Petersburg itu. Kisah puteri raja Rusia yang dikhabarkan hilang itu. Sudah tentu nasib Anastasia sebenar tidak seperti dalam animasi.

Kredit Foto

Sebelum itu, memadailah menonton persembahan ballet Rusia, "The Nutcracker Prince" dan "Swan Lake" di Malaysian Philharmonic Orchestra dahulu.

Waida Yusof,
1 Jan 2013
KL

No comments:

Post a Comment