July 13, 2014

Praha Itu Kota Seni

Di Václavské náměstí / Wenceslas Square / Wenzelsplatz

Praha atau Prague adalah sebuah kota di Republik Czech.

Kota yang seringkali mengingatkan saya tentang apresiasi sebuah seni.

Kedai comel di penghujung Jambatan Charles

Seni di kota ini datang dalam banyak bentuk, baik bangunan, lukisan atau muzik.

Penjual lukisan di Old Town Square

Jika bangunan, kota ini ada Jam Astronomi Purba dan Rumah Menari itu.

Jika mahu mencari lukisan, sempatkan sahaja diri ke pasar pagi di tengah kota lama itu. Mungkin masih dapat melihat patung nenek kebayan ketawa itu.

Dengarnya, ada cerita di sebalik tanda 'peace' ini

Jika tidak, berjalan-jalan sahaja di atas jambatan Charles (selain melihat patung membuat aksi 'peace') dan nikmatilah persembahan dari pemuzik-pemuzik jalanan ini.


Itu sahaja sudah cukup bagi kita menikmati sebuah seni.

Waida Yusof,
13 Julai 2014,
KL

July 6, 2014

Misteri Kota Andalusia

"Ada apa dengan Sepanyol?"

Di dalam Alhambra - Istana Raja Nasrid

Ya, soalan sama jugalah yang sering berlegar-legar di kepala saya kerana acapkali merasa nostalgik dengan negara Espana ini.

Barangkali, saya sudah terkena "sumpahan" Espana seperti Shawn :)

Malah, pemandangan yang tidak dapat saya lupakan adalah ketika menaiki bas Alsa dari Granada ke Cordoba. Juga dari tingkap pesawat Vueling ketika hampir mencecah bumi Granada dari Barcelona tahun lepas.


Pemandangan bandar Granada dari Sacramento

Berbukit-bukau dengan kontur mengasyikkan.

Ditambah pula dengan deretan pokok zaitun yang ditanam berteres-teres seperti padi bukit.

Cuaca kering dan panas, tetapi tetap terasa hembusan angin Mediterranean melegakan.

Sungguh, ia bukan pemandangan menggebu-gebu seperti putih salju gunung Swiss. Namun, ini juga yang saya kenang-kenang dan teringat-ingat hinggakan perjalanan 2 jam setengah itu cukup mengasyikkan. Baik dari Granada ke Cordoba, atau dari Cordoba pulang semula ke Granada.

Malah, ada satu perkara yang masih menjadi tanda tanya saya sehingga ke hari ini tatkala keluar dan masuk ke Granada pada hari yang sama.

Melihat betapa berbukit-bukaunya bandar ini dan juga bandar-bandar di Andalusia lainnya, saya tertanya-tanya,

"Apa yang mendorong orang dahulu membuka penempatan di sini?"

Lebih tinggi bukitnya, itulah yang menjadi kota.

Hairan.

Jika kota itu di sebelah sungai seperti Sungai Mekong, mudah sahaja saya memahami. Lagipun, memang itu yang diajarkan guru Geografi saya di sekolah dahulu.

Kata guru saya, "Penempatan akan wujud apabila ada sumber makanan dan minuman."

Nampaknya, tidak semestinya begitu.

Setiap kali melihat gambar ini, saya pasti terasa lucu.
Matahari terik, tetapi jaket bukan main tebal, boi.

Lalu, di tempat berbukit dan kering seperti Granada ini, apa pula penyebabnya?

Membuat saya makin teruja mahu memahami misteri di sebalik kota Andalusia ini dengan lebih mendalam :)

Waida Yusof,
6 Julai 2014
KL