Posts

Menatap Salji Pertama

Image
Musim luruh sudah bermula. Derby, United Kingdom Rindu juga menanti musim sejuk tiba apatah lagi ketika cuaca panas di UK menggila bulan 7 dan 8 tempoh hari. Ya, musim yang pokok-pokok habis kering kontang tinggal ranting dan dahan pokok itu sahaja. Musim yang sehelai daun pun tiada, kecuali rumput. Malah, kadang-kadang, rumput kering berwarna kecoklatan sahaja yang tinggal. Itulah indahnya, musim ini. Jika bukan daun-daun habis gugur, kita tidak akan nampak "mistletoe" pada pokok, yang biasanya tersembunyi daripada pandangan manusia. Dan, jika bukan hilang semua warna, kita tidak akan rasa gembira melihat datangnya kembali warna-warni bunga dan hijaunya daun. Dan, hamba pasti akan merindui saat-saat pertama turunnya salji pertama. "First snow" kata penduduk tempatan, umpama, sahihlah musim sejuk bermula selama tiga bulan sehingga musim bunga datang. Bagaimana rupa salji itu? Jika yang dipanggil "sleet" itu, ia bulat-bulat. Jika ya

Tawakkal Ke Atas Kehidupan

Mengembara itu selalu tentang mencari diri. Juga mencari potensi diri. Kerana, apabila kita "hilang" kesemuanya dan yang tinggal hanya diri pada titik mula, kita mula sedar apa yang sebenar-benarnya kita ada. Dan, betapa hidup ini sebenarnya ringkas sahaja. Benar sekali kata-kata Pramoedya Ananta Toer, "Hidup sungguh sangat sederhana. Yang hebat-hebat hanya tafsirannya." Enam bulan lepas, 5 September 2017, itu tarikh saya terbang ke mari. Memulakan hidup baru di bumi asing ini yang saya panggil "Bumi Bertuah" sebagai seorang yang tiada apa-apa. Tanya adik ipar saya, "Kak ngah pergi seorang? Ada kawan?" Dan, saya masih ingat saya menjawab kata-katanya dengan "Nanti buat kawan baru sahaja," sambil tersenyum. Bohong sebenarnya jika tiada keraguan dalam diri ini. Namun, ayat Tuhan yang satu ini sentiasa menenangkan hati. "Kemudian, apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya A

Melihat Street Art di Portugal

Image
Saya cabar diri ini melihat sesuatu yang berbeza ketika ke Lisboa (dalam bahasa Inggeris dipanggil Lisbon), Portugal minggu lalu.  Lalu, saya ternampak poster ini di hostel. Ayat poster ini juga seperti mahu mencabar diri ini Maka, menapaklah saya dan Nor daripada hostel di Beco dos Apostolos menuju Praca Luis Camoes. Jam 10.30 pagi, sesiapa sahaja yang berminat harus berkumpul di plaza yang dinamakan sempena penyajak terkenal Portugis ini, Luis Vaz de Camoes. Selain kami berdua, ada beberapa orang juga turut menyertai kumpulan kami pada pagi hujan renyai-renyai itu. Ada Stephanie, wanita yang saya jangka berusia sekitar 40-an. Kami baru sahaja mengenalinya sejam yang lalu di Lost Inn Hostel, Lisbon. Terbata-bata dia menerangkan dengan kosa kata Inggeris ringkas yang dia baru tiba di bandar ini malam semalam. ( Lebih baik sedikit daripada kami yang baru tiba di situ jam 7 pagi ). Ada pula sepasang suami isteri daripada Australia. Kedua-duanya pernah ke Kuala Lumpur dan suka

Tips Menyusun Gambar Travel

Image
Baru hamba sedar gambar-gambar langit yang di"tangkap" sudah boleh dibuat koleksi! Minggu lepas, hamba menyusun gambar-gambar yang pernah diambil mengikut nama negeri / negara dan tahun bertandang ke sana.  (Rasanya, banyak lagi kerja lain yang lebih berfaedah tetapi kadangkala kita hanya mahu duduk diam-diam dan buat sahaja, seperti orang Kedah akan kata, "Biaq pi lah".) Contoh folder-folder gambar itu adalah seperti di bawah. Subfolder - subfolder ini berada dalam folder bernama "Indonesia". Saya menyusunnya mengikut tahun, kemudian nama tempat yang dikunjungi. Jadi, jika ada kunjungan ke Indonesia lagi, masukkan sahaja subfolder gambar baru itu di sini. Mungkin tempatnya serupa dengan tempat yang sebelum ini, tetapi tetap boleh dibezakan mengikut tahun. Cara ini memudahkan saya yang pelupa tahun bilakah saya ke sesuatu tempat itu. Gambar ini sifatnya mendokumenkan apa yang ada pada waktu kita datang itu. Jika tidak, masak

Tribute buat Si Beg Merah

Image
Hari ini ada rasa sedikit sayu. Mungkin bukan sayu, namun lebih kepada rasa melankolik, iaitu rasa 'terkenang-kenang pada barang yang sudah tidak ada'. Barang yang menyimpan memori kembara sejak sembilan tahun lalu. Ada rasa berat mahu melepaskan, namun kadangkala melepaskan itulah yang lebih baik. Baiklah, sebenarnya barang yang tidak ada itu, bagpack sahaja. Bagpack teman setia seorang pengembara Tiada apa yang istimewa pun dengan bagpack ini. Lusuh dan plastik di dalamnya pun sudah melekit-lekit. Setiap kali mahu guna pun, hamba jadi syak wasangka. Was-was adakah lekitan itu akan berpindah ke pakaian hamba. Namun, beg inilah yang hamba dan Kuzai (teman terbaik hamba) beli bersama-sama saat pertama kali melaporkan diri di tempat kerja. Kedai beg yang kami berdua pergi itu pun sudah tidak wujud lagi. (Ketara benar antiknya beg ini, bukan?) Beg itu juga hamba dan Kuzai bawa ketika program induksi selama dua bulan. Itu pengalaman pertama hamba bawa bag

Kurang RM 5 Ribu Jalan-Jalan 18 Hari Di Jepun (Bahagian 2)

Image
Saya tidak boleh lupa riak wajah hampir semua tuan rumah hostel yang kami menginap di Jepun setiap kali diberi peluang bertanya soalan. Semuanya berwajah pelik apabila soalan pertama kami adalah "Di mana pasar?" Sayur-sayuran Segar di Nara Kredit Foto: Gee Dan, tujuan utama kepada persoalan inilah sambungan kepada sembilan cara pertama kami mampu jalan-jalan 18 hari di Jepun dengan dana kurang RM 5 ribu . 10 - Masak Makanan Sendiri (Pagi & Malam) Pagi kami di Jepun bermula dengan sarapan ringkas roti, telur hancur (scramble egg), pisang dan susu. Sekali sekala saya ada membeli yogurt di kedai dan campurkan pisang yang sudah dipotong kecil-kecil ke dalamnya. Apabila ada nasi lebihan semalam, kami goreng nasi itu dahulu sebagai bekalan tengahari.  Makan maggi pun sedap juga jika dimakan panas-panas 11 - Beli Bahan Mentah di Pasar Barang wajib beli kami di Jepun adalah buah-buahan, beras, sayur-sayuran, telur, ikan, dan ada juga ikan bilis. Kese

Bagaimana Jalan-jalan 18 Hari di Jepun dengan Kurang RM5,000 (Bahagian 1)

Image
"Waida, betul-betul setahun yang lalu kita berada di Jepun sekarang." Ketika menaiki keretapi syarikat Kintetsu dari Nara ke Ise Kredit Foto: Gee Ini semua salah fungsi " On This Day " di Facebook :P Buat saya dan Gee rindu dan terbayang-bayang kejernihan biru sungai dan biru langit ranah Jepun ini, serta terkenang-kenang susah payah orang tempatan menunjukkan jalan kepada kami yang sering kesesatan. Sungai yang ditemui ketika berjalan kaki ke Wasabi Farm Kredit Foto: Gee Mereka benar-benar menunjukkan jalan, iaitu membawa kita bersama-sama ke tempat yang mahu dituju! (Bukan sekadar bercerita sambil mengawang-gawangkan tangan menunjukkan tempat yang entah di mana dari jauh. Memang buat saya malu dan kagum dengan hospitaliti mereka.) 18 hari berkelana di Jepun itu bermula dari Lapangan Terbang Osaka, kemudian ke Nara, Ise, Hakone, Matsumoto, Takayama, Kanazawa, Kyoto dan akhirnya kembali semula ke Osaka.  Peta jalan-jalan sendiri k