Cerita Penulis

Di"tangkap" ketika mengetik kamera di Taman Negara Killarney, Ireland

Kata Paul Theroux, "Pelancong tidak tahu ke mana mereka sudah pergi. Pengembara tidak tahu ke mana mereka akan pergi."

Ya, benar sekali. Saya jatuh dalam kedua-dua kategori ini.

Entah sejak bila saya suka melihat tempat orang. Mungkin kerana saya sendiri bukan lahir di Malaysia dan kemudian bersekolah lama di negeri yang beratus kilometer dari rumah. Sejak itu, langkah kaki saya semakin panjang. Biarpun begitu, banyak lagi tempat dalam bumi Allah yang belum saya pergi.

Menaiki tube di London

Dalam hidup ini, ada dua perkara yang saya suka lakukan. Mengembara dan menulis.

Maka, terhasillah Ranah Dunia ini. Ranah itu tanah, jadi Ranah Dunia ini akan menjadi coretan bebas perkara yang saya temui dan pelajari dari orang sekeliling ketika mengembara.

Tulisan di Ranah Dunia berkonsepkan feature writing dengan sekali-sekala disertakan tips pengembaraan yang saya perolehi. Ia tidak menceritakan itinerari secara terperinci dan tempat-tempat wajib lawat pada satu-satu tempat.

Saya percaya, sesebuah perjalanan itu bukan setakat pada tempat yang kita lawati, sebaliknya juga kepada orang-orang yang kita temui dan kenali dalam perjalanan itu, seperti Febi

Berlatarkan Kolej Triniti di Dublin

Justeru, kata saya, "Saya akan berjalan tanpa henti-henti. Kadangkala sebagai pelancong, kadangkala sebagai pengembara biarpun di tanah sendiri."

Kata Allah pula dalam surah Al-Hajj, ayat 46, "...bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya apabila melihat kesan-kesan tersebut, mereka menjadi orang-orang yang ada hati...."

Berhenti rehat di tepi Lautan Atlantik selepas penat memandu

Berbekalkan kata-kata ini, impian saya, biarlah saya berjaya menjejaki seluruh ranah dunia sebelum menutup mata. Amin.
Saya nampak jalan itu dan saya tidak tahu ke manakah ia. Rasa tidak tahu itu yang membuat saya sentiasa teruja ingin kembara-Rosalia de Castro.
Saya boleh dihubungi melalui kotak emel di bahagian kanan blog ini.

PS: Selain menulis di sini, saya juga menulis cerita fantasi kanak-kanak dan menterjemah. Antara buku-buku yang saya tulis dan terjemahkan di sini.

Waida Yusof
2012