Sam dan Rasa Ingin Tahunya
Sam, oh, Sam. Ini kisah Sam, pengurus rumah tumpangan kami di Vancouver, Kanada serta soalan-soalan luar jangkanya. Rumah tamu Between Friends di Arbutus Street Beliau berasal dari Jepun dan sudah lebih sepuluh tahun bermastautin di Vancouver. Hanya sekali dalam setahun, beliau akan pulang bercuti ke Jepun dan melawat saudara-mara di sana. Menurut Sam, ini kali pertama rumah tamu (baca: Bed & Breakfast) beliau menerima tetamu dari Malaysia. Rumah di mana Sam tinggal bersama isterinya (Dalam hati saya, mujur jugalah dia pernah mendengar nama Malaysia) Mungkin atas faktor pertama kali bertemu orang Malaysia, beliau menjadi sangat ingin tahu tentang kami. (Mungkinlah...) Kali pertama bertemu Sam, beliau sudah bertanya, "Orang Malaysia biasa memakai... "ini"?" sambil menunjuk kepada tudung yang dipakai kami. Lalu, kami mengangguk. Kami sangka soalan itu hanya setakat di situ. Rupa-rupanya tidak. Soalan seterusnya datang ketika ...