Posts

Showing posts from March, 2018

Tawakkal Ke Atas Kehidupan

Mengembara itu selalu tentang mencari diri.
Juga mencari potensi diri.

Kerana, apabila kita "hilang" kesemuanya dan yang tinggal hanya diri pada titik mula, kita mula sedar apa yang sebenar-benarnya kita ada.

Dan, betapa hidup ini sebenarnya ringkas sahaja.

Benar sekali kata-kata Pramoedya Ananta Toer, "Hidup sungguh sangat sederhana. Yang hebat-hebat hanya tafsirannya."

Enam bulan lepas, 5 September 2017, itu tarikh saya terbang ke mari. Memulakan hidup baru di bumi asing ini yang saya panggil "Bumi Bertuah" sebagai seorang yang tiada apa-apa.

Tanya adik ipar saya, "Kak ngah pergi seorang? Ada kawan?"

Dan, saya masih ingat saya menjawab kata-katanya dengan "Nanti buat kawan baru sahaja," sambil tersenyum.

Bohong sebenarnya jika tiada keraguan dalam diri ini.
Namun, ayat Tuhan yang satu ini sentiasa menenangkan hati.

"Kemudian, apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah menyukai ora…