Posts

Showing posts from February, 2013

Travel Map Trip Advisor

Image
Cuba-cuba Travel Map dari Trip Advisor di Facebook.



View my profileCreate your own travel map.

Waida Yusof,
28 Februari 2013
KL

PS: Selamat hari lahir kepada seorang sahabat istimewa dan juga merangkap rakan se-travel saya! :)

Pantun Melayu berbahasa Perancis

Image
Berjalan-jalan di Kinokuniya dan terjumpa buku tentang Malaysia dalam bahasa Perancis.

Ia bukan satu perkara yang pelik. Kinokuniya juga kedai buku gergasi dari Jepun.
Namun, apa yang lebih luar biasa apabila di dalam buku itu, ada petikan pantun diterjemah ke dalam bahasa Perancis!
Le Pantoun du Malaise
Dalam keterujaan mengambil gambar muka surat dalam, terlupa langsung mengambil gambar kaver buku. 
Waida Yusof, 22 Februari 2013, KL

Lagi Kisah Makanan Halal

Image
Lanjutan entri mencari coklat halal di Belgium, saya sedar tidak boleh bertanya dengan perkataan "halal" andai mahu mencari makanan halal.

Sekali lagi, peristiwa nan satu ini mengukuhkan lagi dapatan saya tentang penggunaan perkataan "halal".

Di London, kami menginap di hostel Equity Point, Westbourne Terrace, Paddington. 

Tatkala kami mahu keluar selepas tiba dari Prague dengan Wizz Air, seorang wanita di kaunter menegur kami dengan mesra, "Kamu bertiga orang Malaysia? Mahu ke mana selepas ini?"

Tiba-tiba, terlintas idea mahu bertanya restoran halal kepada wanita ini. Kebetulan, memang kami mahu keluar makan.

Soalan saya disambut anggukan laju wanita itu beserta penerangan ringkas arah ke restoran itu.

Lantas kami bergegas ke restoran seperti yang ditunjukkan.

Tiba di situ, entahkan mahu ketawa atau....

Waida Yusof, 19 Februari 2013, KL
PS: KFC di Paddington, London ada logo halal.

Kreativiti Mencari Makanan Halal

Image
Berjalan ke luar negara memang seronok. Namun, cabaran utama berjalan ke negara minoriti orang islam adalah mencari makanan halal.


Makanan India-Pakistan di London

Bukan sekadar mencari makanan halal. Malah, lebih sukar mencari makanan lokal dan halal.

Kata orang, "Antara nikmat berjalan ke negara orang adalah merasa makanan tempatan."

Lalu, bukan makanan Turki atau Arab yang dicari. Bukan juga makanan dari Pakistan atau India, walaupun ke negara penduduk bermata biru.

Sehingga pernah saya berjenaka dengan kawan, "Lebih mudah merasa makanan luar di Malaysia berbanding di negara asalnya."

Setiap makanan perlu diteliti dan difahami cara pembuatannya.

Adakalanya, keju itu tidak boleh dimakan dek rennet haiwan yang digunakan.
Adakalanya, kek juga ditambah arak, misalnya log cake yang banyak muncul ketika Krismas.

Namun begitu, ketika saya, Shawn dan Fidah ke Belgium, kami kepingin juga mahu membeli coklat home-made. Jadi, bermula sesi soal-jawab memastikan ke"hal…

Dunia Gambar Tanpa Tripod

Image
Berjalan dua, tiga atau empat orang tanpa tripod, pasti terjadi peristiwa "ambil-gambar-tidak-cukup-korum".

Apabila jalan berdua, ambil gambar seorang demi seorang berlatar tempat yang sama.

Apabila jalan bertiga, boleh jadi bergambar berdua dahulu sebelum yang seorang lagi bergambar solo.

Apabila jalan berempat, boleh jadi gambar diambil secara berdua-dua atau bertiga-tiga.

Ibu ambil gambar saya...


Saya ambil gambar ibu pula...

Namun, seringkali juga terjadi peristiwa "orang-baik-hati-entah-dari-mana-dan-tawar-diri-ambil-gambar".

Jenis pertama, orang itu betul-betul baik hati.

Ketika saya dan ibu bergilir-gilir mengambil gambar berlatarkan rumah keju di Zaanse Schans, Belanda, tiba-tiba, seorang perempuan muda berkulit hitam menegur, "Mari saya ambilkan gambar awak berdua."

Antara gambar "rare" kami berdua dek budi baik orang asing.

Sungguh, dia mengambil gambar kami berdua kemudian melangkah pergi.

Jenis kedua, orang itu mahu kita ambil gambarnya.

Ini …

Maastricht, Kota Kecil Belanda

Image
Bulan Jun 2012 lalu, datang peluang saya bertandang ke Belanda buat kali kedua. Kali pertama, saya hanya berkesempatan ke Amsterdam.

Lalu, saya mencari peluang ke bandar-bandar berdekatan. Akhirnya, pilihan saya jatuh kepada sebuah kota bernama Maastricht.

Lokasinya unik.



Bandar ini di"kepit" tiga negara; Belanda, Jerman dan Belgium.

Keretapi ke Brussels, Belgium pun hanya dua jam. Begitu juga keretapi ke Aachen, bandar terdekat di Jerman.

Seperti bandar-bandar lain di Eropah (dan dunia), kota ini terletak di tepi sebatang sungai. Lebar sungai ini memungkinkan beberapa kapal kecil melaluinya. Namun, bagi kapal-kapal besar, mungkin 2 ke 3 buah sahaja, sementelah mereka harus melalui terusan khas.



Jambatan ini ada dua bahagian. Bahagian pertama kedudukannya tetap. Bahagian kedua, jambatan itu boleh berubah ketinggian.

Oh ya, kebetulan saya dapat menyaksikan terusan khas itu beroperasi apabila sebuah kapal baj mahu melepasi jambatan ini.

Mula-mula sekali, jambatan itu akan me"n…