February 12, 2013

Maastricht, Kota Kecil Belanda

Bulan Jun 2012 lalu, datang peluang saya bertandang ke Belanda buat kali kedua. Kali pertama, saya hanya berkesempatan ke Amsterdam.

Lalu, saya mencari peluang ke bandar-bandar berdekatan. Akhirnya, pilihan saya jatuh kepada sebuah kota bernama Maastricht.

Lokasinya unik.



Bandar ini di"kepit" tiga negara; Belanda, Jerman dan Belgium.

Keretapi ke Brussels, Belgium pun hanya dua jam. Begitu juga keretapi ke Aachen, bandar terdekat di Jerman.

Seperti bandar-bandar lain di Eropah (dan dunia), kota ini terletak di tepi sebatang sungai. Lebar sungai ini memungkinkan beberapa kapal kecil melaluinya. Namun, bagi kapal-kapal besar, mungkin 2 ke 3 buah sahaja, sementelah mereka harus melalui terusan khas.



Jambatan ini ada dua bahagian. Bahagian pertama kedudukannya tetap. Bahagian kedua, jambatan itu boleh berubah ketinggian.

Oh ya, kebetulan saya dapat menyaksikan terusan khas itu beroperasi apabila sebuah kapal baj mahu melepasi jambatan ini.

Mula-mula sekali, jambatan itu akan me"ninggi"kan diri sehingga kita akan terasa seperti mendaki bukit kecil daripada besi.

Pada masa ini, hanya pejalan kaki dapat menggunakan jambatan ini. Basikal dan lain-lain (motor atau kerusi roda misalnya) akan menunggu sehingga kapal itu melepasi jambatan, melainkan mereka tidak kisah menuntun kenderaan mereka sebentar.

Sebaik kapal berlalu, barulah lampu merah bertukar hijau dan berpusu-pusulah penunggang motor, basikal dan kerusi roda menaiki jambatan.

Waida Yusof,
12 Feb 2013
KL

4 comments:

  1. Comelnya cover blog ini. Saya suka! ^_^

    *Komen tiada kena-mengena dengan entri*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih! ^__^

      Doodle ini ditempah dari Cik Mal :)

      Delete
    2. Oh...hasil kerja Cik Mal memang bagus :)

      *Tak perasan pula ada link website dibawah doodle*

      Delete
    3. Betul, betul :)

      *Sebenarnya, baru teringat belum tukar gambar yang ada link. Jadi, baru tukar semalam.. :P *

      Delete