Tenang dalam Hidup
"Beritahu saya, apa simple pleasure dalam hidup kamu?" Wanita itu bertanya kami semua sebelum kami memulakan kursus. Kata wanita itu, " Simple pleasure dalam hidupnya apabila dia dapat mendengar bunyi laut. Jadi, saya akan usahakan setiap hujung minggu untuk ke tepi laut." Di atas pulau If, di Marseille, Perancis Jawapan orang lain pula ada pelbagai bentuk. "...apabila makan." "...apabila bercucuk tanam." "...apabila melihat anak-anak saya tersenyum." "...apabila melakukan kod programming ." "...apabila menyelam." Lain orang, lain simple pleasure dalam hidup mereka rupanya. Pada masa itu, saya menjawab, " Simple pleasure dalam hidup saya apabila berbual-bual dengan orang yang saya tidak fahami bahasanya ketika travel." Seperti saya berbual-bual dengan lelaki Arab ini di dalam métro di Paris tahun lalu. Orang saya paling kagum adalah Qilah (dalam gambar). Pantang travel, mest...