Tenang dalam Hidup
"Beritahu saya, apa simple pleasure dalam hidup kamu?"
Wanita itu bertanya kami semua sebelum kami memulakan kursus. Kata wanita itu, "Simple pleasure dalam hidupnya apabila dia dapat mendengar bunyi laut. Jadi, saya akan usahakan setiap hujung minggu untuk ke tepi laut."
Jawapan orang lain pula ada pelbagai bentuk.
"...apabila makan."
"...apabila bercucuk tanam."
"...apabila melihat anak-anak saya tersenyum."
"...apabila melakukan kod programming."
"...apabila menyelam."
Lain orang, lain simple pleasure dalam hidup mereka rupanya.
Pada masa itu, saya menjawab, "Simple pleasure dalam hidup saya apabila berbual-bual dengan orang yang saya tidak fahami bahasanya ketika travel."
Seperti saya berbual-bual dengan lelaki Arab ini di dalam métro di Paris tahun lalu.
Apabila difikirkan semula, rasa itu tidak semestinya datang ketika mengembara. Ada banyak perkara yang mendorong rasa itu datang. Misalnya, ketika

![]() |
| Di atas pulau If, di Marseille, Perancis |

| Orang saya paling kagum adalah Qilah (dalam gambar). Pantang travel, mesti ada kawan baru :) |
Apabila difikirkan semula, rasa itu tidak semestinya datang ketika mengembara. Ada banyak perkara yang mendorong rasa itu datang. Misalnya, ketika
- melihat langit kebiru-biruan walaupun memandu di jalan raya yang sesak
- atau, mendengar lagu bermelodi unik pada hari lapang
- atau, melihat kanak-kanak bergomol sesama sendiri.
Mungkin, apabila mengembara, rasa itu lebih kuat kerana
Kita tidak ribut-ribut mengejar...
Kita berhenti sejenak...
Kita ada ruang berfikir...
Waida Yusof,
14 Jun 2014
KL
Kita berhenti sejenak...
Kita ada ruang berfikir...
Kita ada kesempatan me"rasai" sekeliling dengan seratus peratus kesedaran.
| Kata kuiz ini, negara yang menepati saya adalah India :) |
Lalu, saya simpulkan simple pleasure itu datang apabila kita seratus peratus menikmati hidup.
Dan, hari ini saya menikmati waktu lapang saya secukup-cukupnya sambil ditemani bau panas mentari.
Itu sudah cukup bagi saya. Simple pleasure saya pada saat ini.
Waida Yusof,
14 Jun 2014
KL

Awwww... my simple pleasure in life is lepak-lepak atas katil sambil baca buku.. Bliss! :)
ReplyDeleteAhhh.. buat begitu pun sangat menenangkan jiwa :D
Delete