Posts

Showing posts with the label Kembara Perancis

Bonnes Vacances!

Image
Dua minggu lepas, saya baru menghabiskan buku tulisan Rosie Millard ini, "Bonnes Vacances! A Crazy Family Adventure in the French Territories" Kredit: Amazon Ini cerita sebuah keluarga dari "pulau" Britain mengembara ke pulau-pulau di Perancis. Aha. Perancis ada pulaukah? Itu juga persoalan saya sebelum membaca kisah 'gila-gila' keluarga jurnalis bangsa British ini. Rosie dan suaminya membawa empat anak mereka mengelingi pulau-pulau ini selama 14 minggu. Bermula dari London, mereka terbang ke St Pierre et Miquelon, Martinique, Guyane, Kepulauan Polynesia Perancis, New Caledonia dan akhirnya La Reunion sebelum pulang semula ke London. Kebetulan pula, suami Rosie adalah seorang produser TV, lalu mereka putuskan merakam dokumentari sepanjang tempoh mereka di sana. Bunyinya seperti biasa sahaja, melainkan jika kita tahu kedudukan pulau-pulau jajahan Perancis ini. Semua pulau tempat singgahan keluarga Rosie juga dikenali sebagai départements et territoir...

Erti Tudung di Paris

Image
Mengembara sebagai seorang wanita Muslim besar ertinya kepada saya, tambahan pula saya juga bertudung atau berhijab. Sebagaimana yang pernah saya tulis dahulu tentang erti tudung , makna tudung itu kepada saya tetap dan masih sama. Menara Eiffel yang sinonim dengan Paris "Muslim? Malaisie?" Seingat saya, seperti itulah kami ditegur seorang lelaki Arab tua di dalam métro di Paris. Bersungguh-sungguh lelaki tua itu cuba berbual-bual dengan kami, biarpun dalam bahasa ayam itik. Kata dia, "Saya cuma tahu berbahasa Arab dan Perancis." Kami pula hanya tahu berbahasa Melayu dan Inggeris. Namun itu tetap tidak  menghalang kami dari berbual-bual . Tambah lelaki tua itu lagi, "Saya suka Malaysia. Malaysia bagus. Mudah sekali menjadi orang Islam di sana." Perkara kecil tetapi nikmat yang saya seringkali terlupa. Syukur ya Allah. Waida Yusof, 23 Mac 2014 KL PS: Kemudian, lelaki tua itu bersungguh-sungguh menunjukkan arah ke hostel kami (biarpun...

Misteri Ahmad dari India

Image
"Maaf, ini tempat duduk saya." Sumber Foto: TravelPerch Lebih kurang begitulah kata-kata yang keluar dari mulut saya ketika bertemu dia dalam penerbangan dari Paris, Perancis ke Doha, Qatar. Ternyata, ia bukan satu permulaan persepsi yang baik kepada saya. Tambahan pula, melihat pula lelaki yang sama asyik menerima dan menjawab panggilan telefon walaupun pesawat sudah mula bergerak di atas landasan. Namun, Tuhan tidak menetapkan persepsi saya hanya setakat itu. Ahmad yang menegur saya dahulu. Katanya, dia dari India dan bekerja beberapa bulan di Paris. Visanya sudah tamat dan sudah tiba masa untuk dia keluar dari sana. Bersungguh-sungguh dia bercakap dengan saya dalam bahasa Inggeris patah-patah. Kemudian, dia akan terjemahkan pula kata-kata saya kepada kawannya, Muhammad di dalam bahasa Arab patah-patah. Cerita Ahmad lagi, "Mungkin saya akan bekerja di negara Muhammad selepas ini. Di Malaysia juga boleh." Mudah betul prinsip pek...

Itinerari DIY: Sehari di Marseilles, Perancis

Ini adalah cadangan tempat boleh dilawati jika hanya ada 1 hari di Marseilles, Perancis.   Itinerari DIY - Marseilles, Perancis Cubaan menggunakan fungsi Scribd hari ini :) Boleh baca atau download dokumen di atas dari Scribd melalui link di bawah: http://www.scribd.com/doc/173816220/Itinerari-DIY-Marseilles-Perancis Waida Yusof, 6 Oktober 2013 KL