October 2, 2014

Sam dan Rasa Ingin Tahunya

Sam, oh, Sam.

Ini kisah Sam, pengurus rumah tumpangan kami di Vancouver, Kanada serta soalan-soalan luar jangkanya.

Rumah tamu Between Friends di Arbutus Street

Beliau berasal dari Jepun dan sudah lebih sepuluh tahun bermastautin di Vancouver. Hanya sekali dalam setahun, beliau akan pulang bercuti ke Jepun dan melawat saudara-mara di sana.

Menurut Sam, ini kali pertama rumah tamu (baca: Bed & Breakfast) beliau menerima tetamu dari Malaysia.

Rumah di mana Sam tinggal bersama isterinya

(Dalam hati saya, mujur jugalah dia pernah mendengar nama Malaysia)

Mungkin atas faktor pertama kali bertemu orang Malaysia, beliau menjadi sangat ingin tahu tentang kami. (Mungkinlah...)

Kali pertama bertemu Sam, beliau sudah bertanya, "Orang Malaysia biasa memakai... "ini"?" sambil menunjuk kepada tudung yang dipakai kami.

Lalu, kami mengangguk.

Kami sangka soalan itu hanya setakat di situ.

Rupa-rupanya tidak.

Soalan seterusnya datang ketika kami menjamah sarapan pagi keesokan hari.

Sebenarnya, ini makanan tengahari kami di Restoran Al-Basha 

Sam bertanya lagi, "Yang kamu pakai di kepala itu, apa namanya?"

Mudah sahaja kami menjawab dengan kosnep  'skaf', supaya mudah untuk Sam faham dan terima.

Kemudian, beliau menambah lagi, "Ada sebab tertentu kamu menutup kepala? Adakah sebab agama?"

Ini juga soalan mudah.

Angguk sahaja jawapannya.

Selepas itu, datang lagi soalan luar jangka Sam.

"Ada sebab tertentu kamu memakai skaf berwarna hijau?"

Sam, oh Sam :)

Waida Yusof,
22 Sept 2014
KL

PS: Memang selepas ini, saya akan fikir dua tiga kali, apabila mahu memakai tudung berwarna terang di luar negara T_T

PSS: Ini benda paling lejen yang saya jumpa di Kanada.


4 comments:

  1. Biar betul sam tak tahu apa itu tudung, ianya normal di canada benda benda ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kurang pasti. Mungkin juga dia jarang bergaul dengan orang yang memakai tudung, dan bila ada kesempatan, dia pun bertanya perkara-perkara yang dia ingin tahu.

      Sebenarnya, saya suka saja dia bertanya, sekurang-kurangnya, saya boleh menerangkan dengan baik :)

      Delete