January 2, 2013

Sebuah Lif Di Kota Singa

Aneh.

Andai ditanya, apakah tempat paling diingati tatkala melawat satu-satu negara, saya tidak ada jawapannya. Malah, mungkin saya lupa apakah nama tempat itu sehingga saya mencarinya semula di Google Map.

Memang saya bukan calon pemandu pelancong yang bagus.

Sebaliknya, saya akan teringat orang yang saya jumpa atau benda-benda unik dan pelik di sana.

Misalnya, jika menyebut Singapura, saya akan teringat sebuah lif apartmen yang hanya berhenti di setiap tiga tingkat. 

Pemandangan tipikal di kawasan perumahan Singapura. Kredit Foto.

Jika bangunan itu setinggi 12 tingkat, lif itu hanya akan berhenti di tingkat 3, 6, 9, dan 12. Jadi, jika kita mahu ke tingkat 4, kita boleh naik lif sehingga ke tingkat 3, kemudian panjat anak tangga ke tingkat 4. Boleh juga kita naik lif ke tingkat 6, dan turun ke tingkat 4 dengan anak tangga. Tepuk dada dan pilih jalan sendiri kita mahu.

Sehingga sekarang, saya masih kagum dengan konsep lif sebegini. Terfikir pula, jurutera manakah yang menciptanya.

Waida Yusof,
2 Jan 2012
Bandar Udara LCCT

2 comments:

  1. saudari Waida, mula-mula dulu saya pun berasa pelik kenapa lif apartment mereka dibina begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikpuan Ernie,

      Benar. Saya juga. Teori saya, lif dengan konsep ini lebih tahan lama dan kurang "maintenance" :)

      Delete