Granada
Kota terakhir Al-Andalus sebelum Al-Andalus hanya sekadar tinggal nama.
 |
| Pemandangan Al-Bayzin, kota lama Granada dari balkoni hostel |
 |
| Tangga kecil dan tinggi yang biasa ditemui di Al-Bayzin |
Ajaibnya, rasa nostalgik itu lebih banyak dirasa ketika berada di luar kota ini daripada ketika berada di sana. Semuanya kerana selepas membaca
sejarah Islam di Sepanyol daripada bermulanya Al-Andalus sehingga kerajaan ini hilang.
 |
| Busking di Plaza Nueva |
 |
| Seni khat untuk jualan di Plaza Nueva |
Ketika di sana, mulut malah mengeluh kerana tidak tahu lagi tempat yang perlu dituju sementara menanti hari kunjungan ke Alhambra. Kebanyakan tempat yang disyorkan Tourism Granada adalah gereja sehingga kami membuat keputusan drastik membeli tiket balik hari ke Cordoba walaupun tiada dalam rancangan.
 |
| Masjid Besar di Granada. Dari lamannya, kita dapat melihat terus ke Alhambra yang di atas bukit |
 |
| Pokok oren yang banyak ditemui di Granada dan Cordoba dek cuaca Mediterraneannya |
Kini, barulah saya menyedari kemungkinan besar gereja-gereja yang banyak itu asalnya adalah masjid yang dibina pada zaman pemerintahan Islam di sana sebelum ia ditukar fungsinya.
Memikirkan ini, sayang pula rasanya tidak ke sana bagi melihat sama ada benar atau tidak hipotesis saya itu.
Nampaknya, ada ruang untuk saya ke sana lagi :)
Waida Yusof,
5 Nov 2013
KL
PS: Boleh singgah di
LostIslamicHistory.com bagi memahami serba sedikit sejarah Islam di Sepanyol.
Semoga nanti saya juga dimurahkan rezeki untuk ke sana juga.
ReplyDeleteAminnn :)
Delete