October 12, 2013

Falsafah Dian Dari Indonesia

Setiap kali berbual dengan orang Indonesia, sering sahaja saya dikejutkan dengan kata-kata luar jangka, walaupun yang diajak berbual itu seorang supir.

Ketika melawat Bukittinggi pada tahun 2011

Kata-kata luar jangka yang ber"isi" dan pasti membuat saya terkenang-kenang.

Misalnya, ketika saya berkenalan dengan Dian, wanita dari Jambi, Sumatera di dalam Masjidil Haram.

Dian berkongsi pemerhatiannya dengan saya selepas melihat tiada langsung tempat mencuci kereta di Mekah.

Kata Dian, "Di sini, sepertinya mereka (penduduk Mekah) tidak mendewakan mobil ya?"

Terdiam sebentar saya...

(Sebenarnya, saya berfikir, adakah kita mendewakan mobil (kereta) di sini...)

Kekaguman saya tidak terhenti setakat itu.

Sekali lagi, Dian mengejutkan saya dengan kata-katanya.

Kata Dian, "Saya tidak suka beli beg tangan jenama mahal. Lebih baik hantar ibu bapa tunaikan umrah."

Oh, Dian dengan kata-katanya...

Saya berdoa dia dapat membawa ibu bapanya tunaikan umrah segera. Amin, amin.

Waida Yusof,
11 Oktober 2013
KL

No comments:

Post a Comment