Kota Bharu Dalam Kenangan
Kali terakhir saya ke Kota Bharu adalah pada tahun 2010. Sebelum itu, sudah tersangat lama saya tidak ke sini selepas tamat sekolah.
Hanya kali itu, jadual terlalu padat. Jadi, kali ini, saya berazam mahu pusing-pusing di bandar yang menjadi tempat 'outing' saya dahulu.
Ada perkara yang berubah.
Ada perkara yang tetap tidak berubah.
Ada perkara saya pun terlupa ia sudah berubah.
Namun, antara yang tidak berubah itu, misalnya kemesraan penduduk Kota Bharu yang sentiasa saya kenang sampai bila-bila.
![]() |
| Stesen bas Kota Bharu yang pernah menjadi nadi pengangkutan saya berulang-alik ke sekolah dahulu |
Hanya kali itu, jadual terlalu padat. Jadi, kali ini, saya berazam mahu pusing-pusing di bandar yang menjadi tempat 'outing' saya dahulu.
Ada perkara yang berubah.
![]() |
| Baru sekarang saya tahu nama masjid ini. Saya hanya panggil tempat ini 'surau di sebelah pasar Siti Khadijah' |
![]() |
| Pasar Siti Khadijah tetap penuh dengan peniaga wanita seperti masa lalu |
Ada perkara saya pun terlupa ia sudah berubah.
![]() |
| Bangunan tinggi itu dahulu tidak kelihatan. Hanya ada kawasan padang yang luas serta wakaf tempat kami pelajar-pelajar sekolah asrama melepaskan penat ber'outing'. |
Namun, antara yang tidak berubah itu, misalnya kemesraan penduduk Kota Bharu yang sentiasa saya kenang sampai bila-bila.
Waida Yusof,
6 April 2014
Kota Bharu, Kelantan
6 April 2014
Kota Bharu, Kelantan
PS: Masih mampu memahami apabila penduduk di sini kecek Kelate :)




Comments
Post a Comment