September 16, 2014

Magis Bulan September

September adalah bulan istimewa dalam hati saya.

Dan, tahun ini adalah September yang paling istimewa.

Ketika menulis cerita tentang Fiona tahun lepas, saya tidak sangka saya akan bertemu beliau lagi pada tahun 2014 ini

.............

..........

.......

.....

....


Whistler, Kanada adalah tempat popular di kalangan peminat sukan ekstrem basikal

di Kanada!

Dan, inilah tempat pertama yang buat saya menghidap sakit nombor satu manusia kota pada bulan Ogos lalu.

Memohon visa ke negara ini bukan calang-calang.

Lebih kurang sepuluh dokumen yang perlu disediakan bagi memohon visa ke sana. Antaranya, bukti kita bekerja di Malaysia, bukti kewangan yang kukuh, sejarah perjalanan sejak 10 tahun lalu, dan juga surat jemputan dari pihak di Kanada (jika perlu).

Memang bukan idea yang bagus memohon visa dalam tempoh sebulan.

Bisa jadi pemangkin sakit jantung sahaja.

Syukurlah juga, visa (dan pasport) berjaya "terbang" keluar dari Pejabat Kedutaan di Singapura seminggu dari tarikh bertolak.

Andai ada di antara kalian yang akan ke Kanada suatu hari nanti, dua website ini akan dapat membantu.

Canada Citizenship and Immigration

VFS Global

Waida Yusof,
KL
16 Sept 2014

PS: Sebenarnya, saya ke Kanada bagi membentangkan kertas kerja, bukan bercuti-cuti. Menjadi pembentang di hadapan hampir 300 orang bukan kerja mudah -__-

PSS: September itu istimewa kerana tarikh saya lahir ada di dalamnya, dan juga tarikh Malaysia itu terwujud.

Selamat hari Malaysia!

2 comments: