September 1, 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

"Kita takkan sedar apa kita hilang sehinggalah ia tiada."

Kata-kata biasa dan sering diulang-ulang sejak dahulukala, namun tetap dan akan sentiasa relevan.

Biarpun hari-hari menatap pemandangan kota Kuala Lumpur dari keretapi, hanya pada suatu hari, saya tersedar tentang sesuatu.

Pemandangan kota Kuala Lumpur yang dihuni sejak 8 tahun lalu

"Di sini, bangunan tinggi "hidup" dengan tenang bersama gunung-ganang."

Lagi,

Suatu masa dahulu, ketika berkereta ke tempat kerja

"Di sini, alam dan manusia bersatu dalam harmoni."

Suatu pencerahan yang mungkin saya tidak perasan pun jika tidak ke Belanda pada masa itu.

Berlama-lama di sana dan melihat terusan, namun setiap kali melihat langit biru yang memukau itu, sentiasa ada rasa kehilangan dalam hati.

Apabila lihat semula gambar ini, baru perasan ada iklan perempuan berhijab di sebelah kanan

Biarpun saujana mata memandang, tetap ada sesuatu yang kurang.

Terusan di Maastricht

Biarpun seronok melihat kincir-kincir anginnya, tetap ada perkara yang tidak sama.

Deretan kincir angin di Zaanse Schans

Sehinggalah, kesedaran itu datang pada hari saya menikmati pemandangan dari dalam keretapi menuju Bandung.

Sawah padi dalam perjalanan ke Bandung. Kredit foto: Khuzai

"Di Belanda itu rupa-rupanya tiada gunung!"

Waida Yusof,
Ranah Cinta Malaysia
31 Ogos 2014 (ditulis...)

PS: Bukan perkara menghairankan andai ramai penduduk Amsterdam berbasikal kerana tanah di sana rata.

PSS: Mungkin petikan kata-kata di bawah ini paling tepat menzahirkan erti sebuah cinta.

"To love people you don't have to kiss everyone you meet. To love people you don't necessarily have to lend out rice bowls in the Third World. It is judging people less. It is allowing them to wear what they want, live how they want and be who they are without criticism."

Selamat Hari Merdeka!

No comments:

Post a Comment