November 27, 2014

Mari Bergembira dan Menari Di Shanghai

Bilakah kali terakhir kita melihat orang menari di taman?

Oh, bukan begini soalannya...

Bilakah kali terakhir kita melihat orang menari tarian ballroom bukan di dalam dewan?

Ya, tarian ballroom seperti waltz, tango dan foxtrot.

Pada awal-awal kami sampai di taman, tempat ini asalnya kosong

Kami syak wanita berbaju pink inilah pengajarnya

Saya paling kagum melihat lelaki veteran berkot dan bersarung tangan itu :)

Menari pula di celah-celah pokok daun mapel yang keguguran, sambil mengikut rentak tarian dalam bahasa Cina.

Memang asyik.

Agaknya, beginilah yang berlaku setiap pagi Ahad di Taman Xianyang, berhampiran kawasan French Concession di Shanghai.

Melihat mereka, buat saya teringin belajar tarian ballroom pula :)

Waida Yusof,
27 November 2014
KL

PS: Sesungguhnya, mereka benar-benar menikmati hidup, biarpun pada usia emas.

No comments:

Post a Comment