Kapten Bas di Singapura

"Lihat pada dinding bas itu!"

Saya menjerit kepada teman sekembara, Gee.

Serentak itu, dia menoleh. Walau menoleh, tangannya tidak pernah lepas memegang kamera DSLR-nya itu.

Pada dinding itu, terlihat sekeping notis bertulis "Kapten Bas".

Ya, Kapten Bas dan bukan Pemandu Bas.

Sungguh, saya tahu kini, bagaimana memuliakan satu jawatan yang dianggap rendah pada mata manusia. Semuanya hanya dengan kata-kata.

Fikir-fikir, andai pemandu kapal terbang dipanggil juruterbang dan dianggap gah, mengapa tidak pemandu bas juga dipanggil kapten?

Waida Yusof
25 Ogos 2012
Bangi, Selangor

Comments

Popular posts from this blog

Tawakkal Ke Atas Kehidupan

Melihat Street Art di Portugal

Berjalan Seperti Rolf Potts