August 13, 2012

Hari Kidal Sedunia

Hari ini 13 Ogos 2012.

Apakah istimewanya 13 Ogos ini?

Rupanya, hari ini adalah Hari Kidal Sedunia.

Bukan hal ini yang mahu saya tuliskan di sini. Sebenarnya, mengingati hari ini, langsung saya teringat saat saya mahu menyewa kereta di Galway, Ireland.

Sebaik ternampak saya menulis dengan tangan kiri, pekedai itu menyebut, "Ki-tel"

Begitulah kata-kata itu seakan-akan kedengaran di telinga.

Rupanya, pekedai itu menyebut perkataan kidal dalam bahasa Gaelic.

Dan, hari ini, saya cuba mencari perkataan ini di Google.

Rupa-rupanya, ejaannya adalah

Ciotogach

Waida Yusof,
13 Ogos 2012
Selangor, Malaysia

2 comments:

  1. ...dan juga hari jadi saya...hehe!

    *Cik Waida, saya sukalah blog ni...entri-entri yang pendek tapi "sweet" :)

    ReplyDelete
  2. Baik, bermakna, setiap kali tiba Hari Kidal Sedunia, saya akan ingat hari itu juga hari istimewa buat Cik Siti :)

    "Terima kasih :) Satu dorongan yang hebat untuk saya terus menulis. Chaiyok!"

    ReplyDelete