August 29, 2012

Apa Souvenir Popular di Malaysia?

Dua tiga hari ini, saya berulang-alik ke pejabat pos. Menghantar poskad kepada sahabat baru di Belarus, Poland, USA, Rusia dan Ukraine :)

(Gara-gara menyertai projek PostCrossing.com)

Seorang sahabat baru saya di Rusia memohon saya menulis cenderamata popular di negara ini ketika menghantar poskad kepadanya.

Termenung saya memikirkannya.

Ya. Apa cenderamata paling popular di Malaysia? Kata Vika, Rusia terkenal dengan matryoshkas. Praha pula terkenal dengan anak patung marionette.

Lalu, Malaysia pula apa?

(Pada mulanya, saya mahu membalas, makanan kami lebih popular daripada cenderamata. Hehe)

Akhirnya, saya membalas, "Kain Batik" :)

Dan, menambah di bawah, "Cenderamata popular kami sebenarnya mengikut negeri. Lain negeri lain cenderamatanya."

Waida Yusof
29 Ogos 2012
Kuala Lumpur

2 comments:

  1. Fridge magnet - "I love Malaysia," mungkin?

    ReplyDelete
  2. Tidak terfikir pula fridge magnet itu. Mungkin juga :)

    ReplyDelete