August 23, 2012

Masak Kek Di Kelantan?

Kelantan.

Negeri ini sangat dekat dalam jiwa saya.

Kerananya, saya menjadi anak dagang buat pertama kali.

Setiap kali bercerita tentang Kelantan, antara kisah yang muncul di memori adalah kisah "Baking" di Kelantan.

Kisah ini bermula ketika adinda-adinda sedorm asyik berbual sesama mereka, dan terdengarlah perkataan "baking".

Kehairanan, lantas, saya bertanya kepada mereka, "Kamu mahu masak kek?"

Ketawa adinda-adinda sedorm saya terus pecah! Bergegar seluruh dorm dibuatnya.

"Baking" yang saya sangka itu, rupa-rupanya adalah "bekeng"!

*Maksud bekeng adalah garang.

Waida Yusof
23 Ogos 2012
Bangi, Selangor.

No comments:

Post a Comment