April 21, 2013

Tempat Wajib Lawat Waktu Travel - Pasar

*Amaran - Jangan baca entri ini ketika sedang makan.

Setiap tempat yang saya pergi, saya cuba untuk kunjungi pasar basah dan keringnya. Seperti ada satu keseronokan melihat barang-barang lokal di situ.

Lain lokasinya, lain barang lokalnya.

Jika di pasar di Portobello Road, London, saya terjumpa (dan beli) buah epal keringnya.





Jika di pasar di Bukittinggi, Indonesia, wajib membawa pulang kerepek belinjo pahit-pahit sedap itu.



Jika di pasar di Bellacour, Lyon, kami shopping buah strawberi yang kebetulan musimnya.

Di Pasar La Boqueria, Barcelona lain pula ceritanya.



Ada pisang atau bananito.



Ada rambutan.

(Lihat semula gambar di atas gambar pisang bagi melihat rambutan. Kasihan penduduk di sini kerana dijual rambutan yang sudah kecut. Mereka patut datang ke Malaysia bagi menikmati rambutan).

Ada (deretan) coklat.



Ada gula-gula.



Ya, ini adalah sejenis candy yang dibentuk seperti buah, roti dan macam-macam lagi.



Ada sotong besar.



(Kawan saya kata, ini adalah sotong kurita).

Ada juga .... 

...
...
...

(mata?)



Saya sudah beri pesanan di atas, bukan?

Waida Yusof,
21 April 2013
KL

No comments:

Post a Comment