April 29, 2013

Terima Kasih, Abah

Orang sering menyebut, "Setiap lelaki yang berjaya ada wanita di belakangnya."

Mungkin saya dapat tukarkan kata-kata itu seperti ini.

"Setiap pengembara ada penyokong tegar di belakangnya."



Siapa penyokong tegar setiap kali kalian mengembara?

Hanya seorang yang terlintas di kepala, iaitu Abah.

Sejak saya mula bekerja dan asyik terbang ke sana sini atas urusan kerja atau peribadi, Abah jualah yang kerap mengambil dan menghantar saya ke lapangan terbang. Dialog setiap kali saya tiba di KLIA atau LCCT sejak tujuh tahun lalu serupa sahaja.

"Abah, kak ngah tunggu di sekian-sekian (merujuk kepada tiang bernombor di luar KLIA atau kedai-kedai di LCCT)."

Kemudian, Abah akan datang dan menjemput anaknya ini pulang ke rumah tidak kira waktu dan hari.

Terima kasih, Abah.

Walaupun anakmu ini pernah tersilap beritahu tarikh pulang dari Singapura sehingga Abah menelefon dari rumah bertanya sedang anakmu ini tidur nyenyak di atas katil.

Walaupun anakmu ini pernah tersalah maklumkan waktu kapal terbang mendarat dari Hanoi dek terlupa perbezaan jam Vietnam-Malaysia.

Walaupun anakmu ini pernah terlupa khabarkan tarikh pulang ditunda sehingga Abah menunggu lama di lapangan terbang.

Walaupun dimarahi, anakmu ini tetap Abah jemput jua (hehe).

Terima kasih, Abah.

Waida Yusof,
29 April 2013
KL

No comments:

Post a Comment