December 14, 2012

Rezeki Dari Langit

Kebaikan yang mengundang senyuman di hati dan bibir.

Itulah kebaikan yang dihulurkan orang asing, seperti dalam video ini.




Saya juga pernah menerima kebaikan yang serupa.

Ketika itu, kami baru sahaja tiba di stesen keretapi utama Prague dengan mata yang terkebil-kebil. Tiba-tiba, kami disapa satu pasangan lelaki dan wanita pertengahan usia.

"Kamu tahu berbahasa Inggeris?"

Kami bertiga mengangguk.

Lelaki itu menghulurkan sekeping kertas sebesar dua keping setem. Beritahunya, "Ambillah tiket metro 24 jam ini. Tiket ini akan luput esok dan kami sudah mahu pulang."

Mesin Pengesah Tiket Metro di Prague (sumber)

Dia tersenyum dan mereka berlalu pergi.

Dan, kami tetap terkebil-kebil di situ, sambil memegang kertas itu di tangan.

Inilah namanya rezeki dari langit!

Waida Yusof,
14 Disember 2012
Janda Baik

No comments:

Post a Comment