December 31, 2012

Jalan Jalan 2012

Kisah doodle Google sepanjang 2012

31 Disember 2012.

Tarikh yang nostalgik sifatnya.
Lebih nostalgik bila saya teringat catatan nota kecil yang saya tulis dan simpan dalam dompet.

Antara yang tertulis di situ, "Melawat sekurang-kurangnya satu (1) negara setiap tahun."

Catatan itu saya tulis pada tahun 2009 dan saya terlupa tentangnya, sehinggalah saya mengemas isi dompet pada tahun 2011!

Merenung kembali perjalanan sejak tahun catatan itu ditulis. 

2009
Beijing, China.
Pertama kali ke negara luar bersama keluarga dengan agensi pelancongan. 

2010
Singapura.
Menjadi "perasmi tidak langsung" kepada Universal Studio Singapore yang baru dibuka.

2011
Mei
Trip UK-Eropah pertama meliputi UK (London) , Belanda (Amsterdam) , Belgium (Brugges), Jerman (Munich) dan Republik Czech (Prague).

Trip DIY jauh yang pertama. Segalanya diurus sendiri dan kali pertama pergi tanpa keluarga. Baca catatan bebas trip itu di sini

Julai
Padang, Bukit Tinggi & Danau Meninjau, Indonesia.
Trip bersama rakan-rakan penulisan.

2012

Februari
Singapura (lagi).
Berjalan bersama dua rakan travel baru yang kecil dan comel. 

Mac
Kelantan & Jerantut, Pahang.
Menghadiri walimah rakan penulisan rapat.

April
Berakit whitewater di sungai Kampar, Perak.
Merasa jatuh rakit berkali-kali sehingga hilang deria bau seminggu dek sinusitis.

Mei
Kuantan, Pahang
Dua kali ke Kuantan menghadiri walimah kawan dan keluarga.

Jun
Trip UK-Eropah kedua meliputi Belanda (Amsterdam & Maastricht), Scotland (Edinburgh & Highlands) dan Ireland (Dublin, Galway, Killarney, Connemara & Ring of Kerry)

Trip DIY jauh kedua yang diurus sendiri secara total. Baca catatan bebas trip itu di sini

September
Sungai Petani, Kedah & Kota Kinabalu, Sabah.
Sambil menghadiri walimah keluarga dan kawan, ambil peluang berjalan-jalan. Pertama kali menjejak kaki ke Papar, Banjaran Crocker dan Tenom di Sabah.

Oktober
Jakarta & Bandung, Indonesia.
Mengikut kawan-kawan dari Sabah bercuti (dan shopping) ke Indonesia.

Disember
Ipoh, Perak.
Menghadiri walimah kawan terakhir dalam tahun 2012.

Subhanallah!
Nikmat Tuhan yang mana satukah kamu mahu dustakan?

Waida Yusof,
31 Disember 2012
Kuala Lumpur

PS: Saya sangka saya akan berehat panjang daripada bercuti-cuti lagi, rupanya tidak. Buka sahaja tahun 2013 ini, kaki saya sekali lagi akan bertapak di negara orang, Insya Allah :)

2 comments: