September 3, 2012

Tandas

Entah mengapa, malam ini saya teringat peristiwa nan satu ini.

Kisah tentang tandas.

Ya, kisah mencari tandas saat mengembara ke Ireland.

Waktu itu, saya, adik dan ibu dalam perjalanan pulang dari Killarney ke Galway.

Tiba-tiba, penumpang saya berkata dengan suara tertahan-tahan, "Kita cari tandas, boleh?"

Kereta terus dibelok ke arah simpang keluar terdekat, Bunratty.

Pitstop pertama, stesen minyak.

Tiada tandas.

Pitstop kedua, stesen minyak kedua.

Tiada juga.

Pitstop ketiga, tempat lawatan. Bunratty Castle & Folk Park.

Ya, tandas ada di kedai cenderamata (sambil berpura-pura menjadi pelawat tempat ini).

Akhirnya, membeli juga cenderamata di tempat ini.

Tips Kembara:

1. Cari tandas di mana pelawat/pelancong berkumpul.
2. Stesen minyak bukan tempat mencari tandas :)

Tips Kembara Bonus:

Jika ke Bunratty Castle, bertentangan dengan tempat ini ada dijual sweater bulu kambing Arann dengan harga berpatutan :) Blarney Woolen Mills.

Waida Yusof
3 Sept 2012
Bangi, Selangor

No comments:

Post a Comment