Posts

Menatap Salji Pertama

Image
Musim luruh sudah bermula. Derby, United Kingdom Rindu juga menanti musim sejuk tiba apatah lagi ketika cuaca panas di UK menggila bulan 7 dan 8 tempoh hari. Ya, musim yang pokok-pokok habis kering kontang tinggal ranting dan dahan pokok itu sahaja. Musim yang sehelai daun pun tiada, kecuali rumput. Malah, kadang-kadang, rumput kering berwarna kecoklatan sahaja yang tinggal. Itulah indahnya, musim ini. Jika bukan daun-daun habis gugur, kita tidak akan nampak "mistletoe" pada pokok, yang biasanya tersembunyi daripada pandangan manusia. Dan, jika bukan hilang semua warna, kita tidak akan rasa gembira melihat datangnya kembali warna-warni bunga dan hijaunya daun. Dan, hamba pasti akan merindui saat-saat pertama turunnya salji pertama. "First snow" kata penduduk tempatan, umpama, sahihlah musim sejuk bermula selama tiga bulan sehingga musim bunga datang. Bagaimana rupa salji itu? Jika yang dipanggil "sleet" itu, ia bulat-bulat. Jika ya...

Tawakkal Ke Atas Kehidupan

Mengembara itu selalu tentang mencari diri. Juga mencari potensi diri. Kerana, apabila kita "hilang" kesemuanya dan yang tinggal hanya diri pada titik mula, kita mula sedar apa yang sebenar-benarnya kita ada. Dan, betapa hidup ini sebenarnya ringkas sahaja. Benar sekali kata-kata Pramoedya Ananta Toer, "Hidup sungguh sangat sederhana. Yang hebat-hebat hanya tafsirannya." Enam bulan lepas, 5 September 2017, itu tarikh saya terbang ke mari. Memulakan hidup baru di bumi asing ini yang saya panggil "Bumi Bertuah" sebagai seorang yang tiada apa-apa. Tanya adik ipar saya, "Kak ngah pergi seorang? Ada kawan?" Dan, saya masih ingat saya menjawab kata-katanya dengan "Nanti buat kawan baru sahaja," sambil tersenyum. Bohong sebenarnya jika tiada keraguan dalam diri ini. Namun, ayat Tuhan yang satu ini sentiasa menenangkan hati. "Kemudian, apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya A...

Melihat Street Art di Portugal

Image
Saya cabar diri ini melihat sesuatu yang berbeza ketika ke Lisboa (dalam bahasa Inggeris dipanggil Lisbon), Portugal minggu lalu.  Lalu, saya ternampak poster ini di hostel. Ayat poster ini juga seperti mahu mencabar diri ini Maka, menapaklah saya dan Nor daripada hostel di Beco dos Apostolos menuju Praca Luis Camoes. Jam 10.30 pagi, sesiapa sahaja yang berminat harus berkumpul di plaza yang dinamakan sempena penyajak terkenal Portugis ini, Luis Vaz de Camoes. Selain kami berdua, ada beberapa orang juga turut menyertai kumpulan kami pada pagi hujan renyai-renyai itu. Ada Stephanie, wanita yang saya jangka berusia sekitar 40-an. Kami baru sahaja mengenalinya sejam yang lalu di Lost Inn Hostel, Lisbon. Terbata-bata dia menerangkan dengan kosa kata Inggeris ringkas yang dia baru tiba di bandar ini malam semalam. ( Lebih baik sedikit daripada kami yang baru tiba di situ jam 7 pagi ). Ada pula sepasang suami isteri daripada Australia. Kedua-duanya pernah ke Kuala Lumpur dan ...

Tips Menyusun Gambar Travel

Image
Baru hamba sedar gambar-gambar langit yang di"tangkap" sudah boleh dibuat koleksi! Minggu lepas, hamba menyusun gambar-gambar yang pernah diambil mengikut nama negeri / negara dan tahun bertandang ke sana.  (Rasanya, banyak lagi kerja lain yang lebih berfaedah tetapi kadangkala kita hanya mahu duduk diam-diam dan buat sahaja, seperti orang Kedah akan kata, "Biaq pi lah".) Contoh folder-folder gambar itu adalah seperti di bawah. Subfolder - subfolder ini berada dalam folder bernama "Indonesia". Saya menyusunnya mengikut tahun, kemudian nama tempat yang dikunjungi. Jadi, jika ada kunjungan ke Indonesia lagi, masukkan sahaja subfolder gambar baru itu di sini. Mungkin tempatnya serupa dengan tempat yang sebelum ini, tetapi tetap boleh dibezakan mengikut tahun. Cara ini memudahkan saya yang pelupa tahun bilakah saya ke sesuatu tempat itu. Gambar ini sifatnya mendokumenkan apa yang ada pada waktu kita datang itu. Jika tidak, masak...

Tribute buat Si Beg Merah

Image
Hari ini ada rasa sedikit sayu. Mungkin bukan sayu, namun lebih kepada rasa melankolik, iaitu rasa 'terkenang-kenang pada barang yang sudah tidak ada'. Barang yang menyimpan memori kembara sejak sembilan tahun lalu. Ada rasa berat mahu melepaskan, namun kadangkala melepaskan itulah yang lebih baik. Baiklah, sebenarnya barang yang tidak ada itu, bagpack sahaja. Bagpack teman setia seorang pengembara Tiada apa yang istimewa pun dengan bagpack ini. Lusuh dan plastik di dalamnya pun sudah melekit-lekit. Setiap kali mahu guna pun, hamba jadi syak wasangka. Was-was adakah lekitan itu akan berpindah ke pakaian hamba. Namun, beg inilah yang hamba dan Kuzai (teman terbaik hamba) beli bersama-sama saat pertama kali melaporkan diri di tempat kerja. Kedai beg yang kami berdua pergi itu pun sudah tidak wujud lagi. (Ketara benar antiknya beg ini, bukan?) Beg itu juga hamba dan Kuzai bawa ketika program induksi selama dua bulan. Itu pengalaman pertama hamba bawa bag...

Kurang RM 5 Ribu Jalan-Jalan 18 Hari Di Jepun (Bahagian 2)

Image
Saya tidak boleh lupa riak wajah hampir semua tuan rumah hostel yang kami menginap di Jepun setiap kali diberi peluang bertanya soalan. Semuanya berwajah pelik apabila soalan pertama kami adalah "Di mana pasar?" Sayur-sayuran Segar di Nara Kredit Foto: Gee Dan, tujuan utama kepada persoalan inilah sambungan kepada sembilan cara pertama kami mampu jalan-jalan 18 hari di Jepun dengan dana kurang RM 5 ribu . 10 - Masak Makanan Sendiri (Pagi & Malam) Pagi kami di Jepun bermula dengan sarapan ringkas roti, telur hancur (scramble egg), pisang dan susu. Sekali sekala saya ada membeli yogurt di kedai dan campurkan pisang yang sudah dipotong kecil-kecil ke dalamnya. Apabila ada nasi lebihan semalam, kami goreng nasi itu dahulu sebagai bekalan tengahari.  Makan maggi pun sedap juga jika dimakan panas-panas 11 - Beli Bahan Mentah di Pasar Barang wajib beli kami di Jepun adalah buah-buahan, beras, sayur-sayuran, telur, ikan, dan ada juga ikan bilis. Kese...

Bagaimana Jalan-jalan 18 Hari di Jepun dengan Kurang RM5,000 (Bahagian 1)

Image
"Waida, betul-betul setahun yang lalu kita berada di Jepun sekarang." Ketika menaiki keretapi syarikat Kintetsu dari Nara ke Ise Kredit Foto: Gee Ini semua salah fungsi " On This Day " di Facebook :P Buat saya dan Gee rindu dan terbayang-bayang kejernihan biru sungai dan biru langit ranah Jepun ini, serta terkenang-kenang susah payah orang tempatan menunjukkan jalan kepada kami yang sering kesesatan. Sungai yang ditemui ketika berjalan kaki ke Wasabi Farm Kredit Foto: Gee Mereka benar-benar menunjukkan jalan, iaitu membawa kita bersama-sama ke tempat yang mahu dituju! (Bukan sekadar bercerita sambil mengawang-gawangkan tangan menunjukkan tempat yang entah di mana dari jauh. Memang buat saya malu dan kagum dengan hospitaliti mereka.) 18 hari berkelana di Jepun itu bermula dari Lapangan Terbang Osaka, kemudian ke Nara, Ise, Hakone, Matsumoto, Takayama, Kanazawa, Kyoto dan akhirnya kembali semula ke Osaka.  Peta jalan-jalan sendiri k...

Travelog Gadis Backpackers

Image
Selepas pulang dari Miri selepas tinggal di sana 3 bulan, saya bersetuju dengan kata-kata yang saya pernah dengar ini. Kata-kata itu berbunyi seperti begini, "Kembara ke tempat baru itu bukan hal yang rumit. Hal yang lebih rumit itu, mahu menyesuaikan kembali diri di tempat asal kita selepas pulang kembali." Sungguh. Menyesuaikan diri di Miri itu hanya dalam masa 2 minggu. Namun, menyesuaikan diri semula di KL itu memakan masa 3 bulan. (Itulah sebabnya saya diam sahaja selama ini heheh.) Baiklah, azam saya selepas ini mahu menyambung semula penulisan di sini. Ini gambar ketika berkunjung ke Kanada setahun yang lalu. Betul-betul genap setahun.  #throwback Waida Yusof, 6 Sept 2015 KL Nota: Insya Allah, buku tulisan saya tentang kembara akan dimuatkan dalam 'Travelog Gadis Backpackers'. Buku ini ditulis bersama empat penulis lain. Dengarnya akan dilancarkan pada bulan Oktober. Alhamdulilllah! (Jika ada yang bermina...

Falsafah Kereta dari Orang Iban

Image
Terkadang, falsafah-falsafah tentang hidup sering keluar dari mulut orang yang kita tidak jangka. Misalnya, Uncle si pemandu teksi yang hamba kenali ketika menjadi penduduk sementara di bumi Sarawak ini. Beliau selalu punya falsafah yang mengagumkan dan sering muncul secara tiba-tiba pada pagi-pagi hari. Kredit Foto: Sinar Harian Pagi itu, saya bercerita tentang sebuah kereta sewa yang sudah dua kali terlibat dengan kemalangan. Kemalangan kali pertama, penyewa melanggar papan tanda jalan raya dan mengakibatkan bonet kemek teruk di bahagian tengah. Akibatnya, bonet kereta sewa itu harus ditukar baru sepenuhnya. Kemalangan kali kedua pula bukan gara-gara penyewa, sebaliknya kes kejadian langgar lari. Ajaibnya, kejadian kali kedua ini melibatkan bonet juga! Dalam saya berdiam diri, tiba-tiba Uncle berkata, "Sebenarnya, mungkin kereta itu yang ber"masalah"." "Masalah yang bagaimana pula?" tanya saya. Lalu, Uncle pun membuka cerita. "Semasa mu...

Berjalan Seperti Rolf Potts

Image
"It is too fatal to know too much at the outset: boredom comes as quickly to the traveler who knows his route as to the novelist who is overcertain of his plot." Itu kata-kata Paul Theroux, penulis buku "To the Ends of the Earth." Kata-kata yang boleh diserap intinya sebagai, "Tahu terlalu banyak dan rasa bosan itu akan segera bertandang, apatah lagi, apabila kita sudah terlebih tahu tentang apa yang akan dibuat." Kaver buku pertama Rolf Potts Kredit: Amazon Ini sebenarnya antara 31 petikan kata-kata yang digemari Rolf Potts , penulis buku " Vagabonding: An Uncommon Guide to the Art of Long-Term World Travel ". Baru lima minit yang lalu saya mengenali Rolf Potts ini selepas menjawab kuiz di blog Anne . I travel like Rolf Potts ! You are a travel legend in the making, with a sense of adventure that will lead to hundreds of fascinating stories. Locals all over the world will give you special nicknames, and almost a...

Tentang Sebuah Persepsi

Image
Malam itu, saya tekun memerhatikan lelaki itu dari arah bertentangan. Melihat dia yang tidak henti-henti menyalin semula karakter Kanji itu satu demi satu. Perkataan Jepun dalam tulisan kanji Kredit Foto: Japanese Calligraphy "Saya tahu, saya mesti kelihatan pelik tampil begini. Tidak begitu?" Kata-kata lelaki itu pantas mematikan renungan saya, dan membuat saya mendongak memandang raut wajahnya pula. Kulit wajahnya cerah bersih seperti lelaki Caucasian yang lain. Badannya kurus dan mukanya sedikit lonjong. Namun, apa yang membezakan dia dengan lelaki lain.... Itu benar sekali, iaitu pada penampilannya yang berambut hijau trojan dan bersubang pada muka. Sekali imbas, ada sedikit persamaan dengan remaja-remaja yang kerap menghadiri konsert muzik rock, kecuali pakaiannya kemas sahaja dan tidak koyak di sana sini. Ada juga membuat saya terfikir sekilas, apakah yang mahu dia tonjolkan kepada orang ramai melalui penampilannya. Itu "bias" atau persepsi say...

Ranah Sarawak Itu Luas, Boi!

Image
"Kamu berasal dari bahagian mana di Sarawak?" Rumah lama di tepi jalan yang dijumpai ketika meronda-ronda dengan kereta Itu soalan favorit saya sekarang sebaik bertemu orang tempatan. Kemudian, saya akan membuka peta, melihat lokasi tempat itu berada. Ketika bertemu Encik J misalnya, soalan itu membuat saya berkenalan dengan tempat bernama Saratok. "Kamu tahu di mana Saratok itu?" tanya Encik J. Saya menggeleng. Mengikut Encik J, Saratok ke Kuching sahaja sudah lebih kurang 300km jauhnya. Terus saya mencongak jarak perjalanan dari rumah ke kampung halaman di Perak. Andai mengikut lebuh raya PLUS, 300km jika dari Kuala Lumpur, sudah boleh sampai di Pulau Pinang! Di sini, 300km berkereta masih lagi berada di dalam Sarawak.  Itu pun, bandar terdekat Saratok iaitu Sibu belum pun mencecah separuh dari "panjang" negeri Sarawak. Belum lagi kita cerita tentang berkereta dari Kuching ke Miri yang memakan masa hampir 12 jam.  Belum termasuk ceri...

Biar Berbeza Bangsa, Tetap Satu Bahasa

Image
"Uncle, bagaimana kita tahu orang itu Iban, Melanau atau Penan?" Lokasi Kapit dalam peta Sarawak Tanya saya kepada si pemandu teksi yang setia mengambil dan menghantar saya pulang setiap hari. Jujurnya, saya hairan dan ingin tahu. "Sebenarnya, memang tiada cara untuk bezakan kami dari luaran, kecuali bahasa...." "Bahasa?" "Ya, masing-masing bertutur dengan bahasa lain, misalnya Iban dengan bahasa Iban. Jadi, kita tahulah dia berasal dari mana." Begitu kata Uncle Jali yang berketurunan Iban dan berasal dari Kapit. Kata Uncle lagi, "Namun, apapun semuanya akan tahu bercakap bahasa yang sama, iaitu bahasa Malaysia juga. Bezanya, sebutan orang di sini tidak serupa dengan sebutan kamu yang dari Semenanjung." Saya ketawa. Padanlah kenalan baru saya di pejabat memberitahu, jelas benar saya bukan orang asal Sarawak. Pagi itu, selepas berjumpa Uncle Jali, saya pun membuka peta Sarawak. Rupa-rupanya, banyak lagi tentang Sarawak (dan ju...

Pelajaran Pertama daripada Uncle Jali di Sarawak

Image
"Pertama kali datang ke Sarawak?" Pemandangan matahari terbenam dari udara Sarawak Aku menggeleng. Ini bukan kali pertama aku datang ke bahagian ini di Sarawak. Malah, aku kira, mungkin lebih kerap ke sini daripada ke pantai timur. Bezanya, setiap kali datang, hanya keluar masuk hotel dan pejabat biarpun datang berkali-kali. Memang bukan cara yang bagus untuk mengenali sesebuah tempat. Tidak begitu? Hari ini, masuk hari ketiga bermastautin di Sarawak atas urusan kerja dan sudah tiga harilah hamba berkenalan dengan Uncle Jali, pemandu teksi berhemah. Hari pertama saja, hamba sudah di"tegur" secara halus sebelum kereta mula bergerak. "Miss, tolong pakai seat belt." (saya duduk di kerusi belakang) Muka hamba terpana sekejap sebelum tersipu malu. Pantas tangan kelam kabut mencapai seat belt. Bimbang juga Uncle Jali tidak mahu memandu selagi seat belt tidak dipasang. Kereta pun bergerak. Sepuluh minit kemudian, telefon pula berdering....

Kembara Itu Demi Perkara Kita Tidak Tahu

Image
"Kembara itu melepaskan apa yang kamu tahu demi perkara yang belum kamu tahu." Petang ini, hamba seperti dilontar undur ke berbelas-belas tahun dahulu, iaitu semasa mahu meninggalkan rumah buat pertama kali. Bukan sahaja rumah, malah kawan-kawan dan kesemua perkara yang sudah berbelas tahun menjadi sebahagian kehidupan sejak kecil. Perkara-perkara yang hamba pun tidak sedar sudah sebati dengan diri ini. Pemandangan rumah, kilang-kilang dan bangunan pencakar langit. Pemandangan kereta-kereta yang sering silih berganti di lebuh raya. Juga kemudahan-kemudahan yang dapat didapati dengan mudah, seperti akses kedai yang melimpah ruah di bandar besar kecuali selepas hamba keluar dari lingkungan itu. Lingkungan zon selesa yang kita cipta dalam diam. Itu cerita 16 tahun dahulu sewaktu pertama kali mahu menetap di Kelantan dalam keadaan serba tidak tahu. Rupanya, selepas 16 tahun itu, rasa itu tetap boleh terwujud biarpun sudah kerap mengembara. Dalam diam, ha...