February 28, 2015

Kembara Itu Demi Perkara Kita Tidak Tahu

"Kembara itu melepaskan apa yang kamu tahu demi perkara yang belum kamu tahu."


Petang ini, hamba seperti dilontar undur ke berbelas-belas tahun dahulu, iaitu semasa mahu meninggalkan rumah buat pertama kali.

Bukan sahaja rumah, malah kawan-kawan dan kesemua perkara yang sudah berbelas tahun menjadi sebahagian kehidupan sejak kecil.

Perkara-perkara yang hamba pun tidak sedar sudah sebati dengan diri ini.

Pemandangan rumah, kilang-kilang dan bangunan pencakar langit.

Pemandangan kereta-kereta yang sering silih berganti di lebuh raya.

Juga kemudahan-kemudahan yang dapat didapati dengan mudah, seperti akses kedai yang melimpah ruah di bandar besar kecuali selepas hamba keluar dari lingkungan itu.

Lingkungan zon selesa yang kita cipta dalam diam.

Itu cerita 16 tahun dahulu sewaktu pertama kali mahu menetap di Kelantan dalam keadaan serba tidak tahu.

Rupanya, selepas 16 tahun itu, rasa itu tetap boleh terwujud biarpun sudah kerap mengembara.

Dalam diam, hamba mencipta lingkungan zon selesa dalam dunia kembara itu sendiri. Selama ini, sejauh mana pun hamba mengembara, akhirnya tetap hamba pulang ke titik awal, iaitu ke rumah sendiri.

Namun tidak kali ini. 

Kembara ke tempat baru untuk sementara waktu tanpa pulang ke titik awal.

Moga urusan hamba dipermudahkan Tuhan.

Waida Yusof,
28 Februari 2015
KL

PS: Fikir-fikir kembali, semua kembara saya selama ini pun demi mencari perkara yang tidak saya tahu.

2 comments:

  1. indeed.. mengembara banyak menemukan benda baru..
    di manakah destinasi terkini? semoga semuanya baik2 aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, setuju. Selalu jumpa perkara tidak disangka-sangka kan?

      Heh, sekarang di Sarawak buat sementara waktu. Amin, amin. Terima kasih :)

      Delete