Posts

Misteri The Chimney di Labuan

Image
Namanya The Chimney, iaitu pendiang.  Namun, sehingga sekarang, tiada sesiapa pun tahu apa fungsi bangunan ini. Kata orang kampung, "Bangunan ini adalah rumah api pada zaman dahulu." Namun, melihat bangunan ini, langsung tiada kesan atau tanda-tanda struktur tangga dibina menuju ke puncak. Waida Yusof, 27 Nov 2013 KL

Mengkaji Batu di Labuan

Image
Hilang sebentar dari dunia online dengan mengikuti kursus tentang batu di Labuan. Siapa kata di Labuan tiada tempat yang menarik selain membeli-belah coklat? :) Sebahagian daripada lapisan batu-batu yang kami jejaki. Antara lapisan batu pasir yang termampat berjuta, juta, juta tahun dahulu. Kredit Foto: Amirah Raihana Bukan mudah sebenarnya menjadi ahli kaji batu (mujurlah saya bukan. Biarlah saya kekal menjadi jurutera, termasuk menjadi jurutera kata-kata ). Misalnya, tempat ini hanya dapat diakses apabila air laut surut... ...dan, pemandangan begini pula hanya dapat dinikmati selepas kita berjalan meredah hutan, memanjat bukit dan melintas di celah-celah belakang rumah orang. Cerita Farah, si ahli kaji batu, "Boleh sahaja kami berkampung sebulan di sini bagi mengkaji batu." Namun, kepenatan itu terbayar apabila berjumpa benda-benda " rare " seperti ini :) Fosil yang terbentuk pada batu. Lumpur yang naik ke permukaan dari dalam bumi. Jika mahu, bol...

Granada - Kota Al-Andalus Yang Hilang

Image
Granada Kota terakhir Al-Andalus sebelum Al-Andalus hanya sekadar tinggal nama. Pemandangan Al-Bayzin, kota lama Granada dari balkoni hostel Tangga kecil dan tinggi yang biasa ditemui di Al-Bayzin Ajaibnya, rasa nostalgik itu lebih banyak dirasa ketika berada di luar kota ini daripada ketika berada di sana. Semuanya kerana selepas membaca sejarah Islam di Sepanyol daripada bermulanya Al-Andalus sehingga kerajaan ini hilang. Busking di Plaza Nueva Seni khat untuk jualan di Plaza Nueva Ketika di sana, mulut malah mengeluh kerana tidak tahu lagi tempat yang perlu dituju sementara menanti hari kunjungan ke Alhambra. Kebanyakan tempat yang disyorkan Tourism Granada adalah gereja sehingga kami membuat keputusan drastik membeli tiket balik hari ke Cordoba walaupun tiada dalam rancangan. Masjid Besar di Granada. Dari lamannya, kita dapat melihat terus ke Alhambra yang di atas bukit Pokok oren yang banyak ditemui di Granada dan Cordoba dek cuaca...

Cerita Tentang Kentang

Image
Kentang goreng. Cara-cara memasak sambal kentang . Kredit Foto: Intai Dapur Ada apa dengan kentang goreng? Kentang yang dipotong bulat dan nipis-nipis kemudian digoreng. Boleh juga memasaknya sebagai sambal. Itu cara masakan kaum Melayu Malaysia. Kentang goreng moden pula dipotong panjang-panjang, gemuk atau kurus. Kemudian, ditabur pula garam ke atasnya. Sekali lagi, saya akan bertanya diri sendiri, ada apa dengan kentang goreng? Tanpa diduga, dek kentang goreng, kami bertiga pernah kempunan di bumi Eropah kerana terlalu kepingin memakannya. Bermula dari Brugge di Belgium, kemudian ke Munchen di Jerman, Praha di Republik Czech, sehingga pulang ke London, barulah kami bertemu kentang goreng yang halal dimakan. Semuanya gara-gara muzium kentang goreng ini di Brugge, Belgium. Dahsyatnya penangan kentang. Waida Yusof, 1 Nov 2013 KL PS: Sejak melawat Friet Museum, kami tidak berani menyentuh kentang goreng   di Belgium apatah lagi mengetahui kentang di sana digoreng dengan miny...

Cerita Dua Individu Dari Benua Berbeza

Image
Kadang-kadang, bekerja di syarikat multinasional memang ada keseronokannya sendiri. Minggu ini sahaja, saya bertemu dua individu yang unik dengan cerita tersendiri. Individu #1- Fiona dari Kanada Kredit Foto: Cara memotong mangga dengan mudah. Beliau terbang dari Kanada bagi bertemu pelanggan syarikatnya di sebelah Asia, termasuklah Malaysia. Ketika makan tengahari bersama-sama, kami saling bertukar cerita. Seperti biasa, topik perbualan paling selamat adalah topik cuaca dan juga makanan. Cerita Fiona, "Keluarga saya berhijrah ke Kanada dari Australia. Tiba di Kanada, kami semua tidak sangka suhu di sini sangat sejuk. Kadangkala, suhu di sini boleh mencecah -100 darjah Celcius!" Sambil ketawa kecil, Fiona berkata, "Ibu saya kata, mungkin kami sudah buat kesilapan berhijrah ke sini." (Namun, mereka tetap tinggal di situ sehingga sekarang :) ) Nota : Suhu dalam peti ais sekitar 16 - 20 darjah Celcius sahaja. Oh ya, buah kegemaran Fiona adalah mangga dan na...

Tempat Di Malaysia Kamu Paling Suka?

Image
"Ceritakan tempat di Malaysia yang kamu paling suka." Istana Diraja Kuala Kangsar di Bukit Chandan, Perak Itulah topik kami pagi itu. Setiap Isnin di pejabat, kami akan bercerita secara spontan (ala-ala toastmaster ) di atas pentas buatan. Rata-rata rakan sepejabat bercerita mereka suka sesuatu tempat kerana makanan yang ada di tempat itu.  Makanan lejen di pantai timur Contohnya, Pulau Pinang. Siapa yang ke sana dan tidak makan nasi kandar, pasembor, jeruk dan samosa? Melaka juga. Ada yang suka ke Melaka kerana coconut shake Klebang yang lejen itu. Ada juga rakan yang mengambil langkah mudah dalam menjawab topik ini. "Saya tidak berjalan. Suka duduk di rumah sahaja." Mudah dan ringkas betul jawapan dia. Saya pula yang langsung tiada idea (baca: buntu) sehingga ayat yang keluar dari mulut berbelit-belit tatkala tiba giliran saya naik ke pentas. Entah apa yang saya jawab waktu itu. Turun dari pentas, baru saya berfikir lama. Memang tiada tempat ter...

Malam Tragis Bersama Keretapi di Swiss

Image
Ini adalah entri sambungan dari Lausanne Itu Bukan Luzern . Berpuluh-puluh tapak di hadapan, tiga lelaki berpakaian seragam asyik berbual di tepi keretapi. Gambar ini diambil ketika tiba di Stesen Keretapi Geneve sehari sebelumnya Serentak tanpa kata, kami berdua menapak menuju ke arah mereka. Cukuplah sekali kami tersilap menaiki keretapi malam ini. Ia juga pelajaran Geografi yang mahal nilainya. Mahal dan sukar ditebus andai a) kami terpaksa bermalam di Luzern b) dan seterusnya, terlepas kapal terbang ke Barcelona, Sepanyo l. Destinasi seterusnya dan terakhir kami malam itu adalah Geneve (Geneva). Keretapi yang akan kami naiki itu juga mungkin keretapi terakhir ke sana. Jadi, kepastian daripada lelaki-lelaki konduktor itu penting kepada kami. Baru separuh menapak, wisel keretapi ditiup! Cemas. Bila-bila masa sahaja, keretapi akan bergerak. Kami mula berlari, biarpun beg berat di belakang. Syukur konduktor itu melihat kami. Dia menggesa kami supaya lebih...