Posts

Tanah Haram Itu Mulia dan Memuliakan

Image
"Andai mahu kenal sifat penduduk di satu-satu tempat itu, perhatikanlah sifat tanah di situ." Begitulah inti kata-kata mutawwif kami dari Indonesia itu. Ustaz Yusry membimbing rombongan kami sepanjang 2 minggu berada di Tanah Haram. Mekah dan Madinah Dua buah kota di Arab Saudi. Tanahnya kering-kontang. Sewaktu di Jeddah, Ustaz Yusry bercerita, "Air bersih di Saudi datang dari air suling. Di sini, tiada sungai dan mata air bersih. Jadi, air masin dari laut akan disuling kepada tiga bahagian...." Bahagian pertama dan paling bersih akan menjadi air minuman. Bahagian kedua akan dibekalkan ke rumah-rumah. "Bekalan air tidak dibekalkan setiap hari. Biasanya, selang dua tiga hari sekali. Jadi, setiap rumah di sini akan mempunyai tangki simpanan air. Ada tangki yang di dalam tanah. Ada juga di atas rumah." Tanahnya tandus tanpa pokok-pokok hijau. "Ke mana bahagian ketiga air itu akan pergi?" Ustaz Yusry bertanya kami (dan beliau juga yang menjawab bias...

Ho Chi Minh di Hanoi

Image
Ya, Ho Chi Minh di Hanoi. Malah, kami juga ber"temu" beliau secara tidak sengaja pada pagi di bulan Januari itu. Semuanya bermula apabila Qilah mengajak kami ke Mausoleum Ho Chi Minh ketika kami backpack di Hanoi, Vietnam. Barulah saya tahu, bandar Ho Chi Minh itu dinamakan sempena seorang tokoh di Vietnam. Ya, tokoh yang bernama Ho Chi Minh itu. Sebenarnya, nama asal bandar Ho Chi Minh adalah Saigon, atau ejaan Vietnamnya Sai Gon. Cadang Qilah pagi itu, "Kita menaiki teksi dahulu ke sana. Selepas itu, kita ke Van Mieu (Temple of Literature) , masjid Al-Noor dan akhir sekali pulang berjalan kaki ke hotel." Kami bertiga setuju. Lalu, Cik Thuy, pemilik Hotel Hanoi Old Centre membantu memanggilkan teksi untuk kami. Jam sudah hampir 12 tengahari sewaktu kami tiba di Dataran Da Binh. Namun, suasana di situ lengang dan muram. Suhu pula sekitar 11 ke 13 darjah. Bulan Januari memang bulan musim sejuk di Hanoi. Sebaik melepasi pintu masuk Mausoleum, kami terpinga-pinga meny...

Lausanne Itu Bukan Luzern

Image
"Selamat tinggal Janet!" Kami melambai kepada Janet dan keluarganya. Rakan baru berketurunan Peru dari Bern ini kami kenali ketika ke puncak Jungfrau, Swiss siang tadi. Antara keretapi yang membawa penumpang mendaki puncak gunung Swiss Kini, tiba masanya kami berlari! Ya, berlari menuruni laluan dari platform sambil memikul beg di belakang. Selang masa di antara tren Interlaken - Bern dan Bern - Lausanne malam itu hanyalah berjarak 10 minit. Apatah lagi, kami tidak mengetahui platform mana satukah yang akan kami naiki nanti. Sedang kami berlari, saya menjerit pada Khuzai, "Lihat pada papan informasi sana! Mari cari platform keretapi ke Lausanne." Langkah kami semakin melaju. Sepantas kilat mata kami memeriksa baris demi baris di papan informasi itu. Mencari perkataan "Lausanne" di situ. Namun, tiada langsung perkataan Lausanne di situ, sehinggalah... "Ada tren ke Luzern! Luzern atau Lausanne mungkin serupa. Mari ke platform ...

Belasungkawa Haji Ghazali

Image
" Cool  betul datuk kamu." Itu kata-kata sahabat baik saya semasa kami memulakan kembara akhir Mac lalu. Ya, datuk siapakah yang akan relaks sahaja melihat cucu perempuan sulungnya berkelana dua orang di bumi Barat? Beliau langsung tidak marah-marah. Malah, ada kata-kata tambahan pula. "Baguslah pergi sekarang. Sudah kahwin nanti, susah juga mahu berjalan-jalan." Ya, datuk yang sama juga memberitahu ibu beliau ciri-ciri bakal isteri beliau. "Tidak pandai memasak tidak mengapa. Tidak pandai menjahit pun tidak mengapa. Semua itu boleh dipelajari. Yang penting, mesti pandai (boleh berfikir)". Nenek (arwah) saya sungguh bertuah. Itu fikir saya ketika mendengar To'ki bercerita hal ini Raya tahun lalu. Semuanya diusahakan To'ki supaya Opah dapat belajar sehingga cucu yang satu ini tetap merindui kuih kapal (tepung talam) dan karipap hasil air tangan Opah. Ya, datuk yang sama juga mencatat setiap nama tempat yang dikunjungi serta peristiwa y...

Terima Kasih, Abah

Image
Orang sering menyebut, "Setiap lelaki yang berjaya ada wanita di belakangnya." Mungkin saya dapat tukarkan kata-kata itu seperti ini. "Setiap pengembara ada penyokong tegar di belakangnya." Siapa penyokong tegar setiap kali kalian mengembara? Hanya seorang yang terlintas di kepala, iaitu Abah. Sejak saya mula bekerja dan asyik terbang ke sana sini atas urusan kerja atau peribadi, Abah jualah yang kerap mengambil dan menghantar saya ke lapangan terbang. Dialog setiap kali saya tiba di KLIA atau LCCT sejak tujuh tahun lalu serupa sahaja. "Abah, kak ngah tunggu di sekian-sekian (merujuk kepada tiang bernombor di luar KLIA atau kedai-kedai di LCCT)." Kemudian, Abah akan datang dan menjemput anaknya ini pulang ke rumah tidak kira waktu dan hari. Terima kasih, Abah. Walaupun anakmu ini pernah tersilap beritahu tarikh pulang dari Singapura sehingga Abah menelefon dari rumah bertanya sedang anakmu ini tidur nyenyak di atas katil. Walaupun anakmu ini pernah te...

Tempat Wajib Lawat Waktu Travel - Pasar

Image
*Amaran - Jangan baca entri ini ketika sedang makan. Setiap tempat yang saya pergi, saya cuba untuk kunjungi pasar basah dan keringnya. Seperti ada satu keseronokan melihat barang-barang lokal di situ. Lain lokasinya, lain barang lokalnya. Jika di pasar di Portobello Road, London , saya terjumpa (dan beli) buah epal keringnya. Jika di pasar di Bukittinggi, Indonesia , wajib membawa pulang kerepek belinjo pahit-pahit sedap itu. Jika di pasar di Bellacour, Lyon , kami shopping buah strawberi yang kebetulan musimnya. Di Pasar La Boqueria, Barcelona lain pula ceritanya. Ada pisang atau bananito . Ada rambutan. (Lihat semula gambar di atas gambar pisang bagi melihat rambutan. Kasihan penduduk di sini kerana dijual rambutan yang sudah kecut. Mereka patut datang ke Malaysia bagi menikmati rambutan). Ada (deretan) coklat. Ada gula-gula. Ya, ini adalah sejenis candy yang dibentuk seperti buah, roti dan macam-macam lagi. Ada sotong besar. (Kawan saya kata, ini adalah sotong kurita). Ada ...

Kisah Gila-gila Mac April 2013

Lama saya menyepikan diri. Jujurnya, saya baru pulang dari kegiatan travel gila-gila. 4 hari 3 malam ke Yogyakarta dan terus memandu ke Melaka untuk 2 malam. Selang 4 hari kemudian, saya dan kawan terbang ke Paris untuk trip kali ketiga ke bumi Eropah. Kisah gila-gila Mac-Apr 2013. Ligat berjalan bukan alasan tidak menulis juga sebenarnya. Memang sudah angan-angan saya mahu menulis di blog ini ketika dalam perjalanan, namun belum lagi terlaksana. Cita-cita yang besar, namun banyak tulisan yang tertinggal dalam kepala juga. Nampaknya, saya harus lebih bergigih menulis! Waida Yusof 18 Mac 2013