June 16, 2013

Tanah Haram Itu Mulia dan Memuliakan

"Andai mahu kenal sifat penduduk di satu-satu tempat itu, perhatikanlah sifat tanah di situ."

Begitulah inti kata-kata mutawwif kami dari Indonesia itu. Ustaz Yusry membimbing rombongan kami sepanjang 2 minggu berada di Tanah Haram.

Mekah dan Madinah

Tempat Miqat

Dua buah kota di Arab Saudi.

Tanahnya kering-kontang.

Sewaktu di Jeddah, Ustaz Yusry bercerita, "Air bersih di Saudi datang dari air suling. Di sini, tiada sungai dan mata air bersih. Jadi, air masin dari laut akan disuling kepada tiga bahagian...."

Bahagian pertama dan paling bersih akan menjadi air minuman.
Bahagian kedua akan dibekalkan ke rumah-rumah.

"Bekalan air tidak dibekalkan setiap hari. Biasanya, selang dua tiga hari sekali. Jadi, setiap rumah di sini akan mempunyai tangki simpanan air. Ada tangki yang di dalam tanah. Ada juga di atas rumah."

Tanahnya tandus tanpa pokok-pokok hijau.

"Ke mana bahagian ketiga air itu akan pergi?"

Ustaz Yusry bertanya kami (dan beliau juga yang menjawab biasanya).

Air bahagian ketiga akan disalurkan ke pokok-pokok yang ditanam di sini.

"Tanah di sini tandus. Jadi, kerajaan Saudi akan mengimport tanah subur dahulu. Kemudian, baru pokok-pokok ditanam dan disirami air setiap saat. Susahnya, menanam pokok di sini, sehingga kami berseloroh sesama sendiri betapa menabrak orang lebih mudah dari menabrak pokok!"

(Nota: Menabrak itu perkataan Indonesia)

Tanahnya keras, berbatu dan pejal.

"Waida, lihat kereta-kereta di sini. Kerusi di dalam masih berbalut plastik, di luar sudah kemik."

Bapa saudara saya berkata suatu hari ketika kami berjalan kaki menuju Masjidil Haram.

Lampu kereta pecah.
Cermin sisi patah terkulai.
Bonet belakang tertanggal.
Bumper hadapan tercabut.

Kagum juga saya, kereta-kereta yang selayaknya sudah di woksyop, masih dibenarkan dipandu di jalan raya.

Ada rasionalnya juga kerajaan Saudi tidak membenarkan wanita memandu di sini.

Namun...
Sekeras-keras tanah ini, tanah ini adalah Tanah Haram. Tempat paling mulia di sisi Allah.

Islam itu bermula di sini.

Kaabah Kota Mulia

Kaabah itu pusatnya di sini.

Subhanallah. Maha Suci Allah.

Waida Yusof,
16 Jun 2013
KL

No comments:

Post a Comment