Posts

Catatan Kembara 2013

Image
"Tidak bercuti?" (Terkejut apabila tidak bercuti) Geleng. Menghampiri saki-baki 2013 dan musim orang bercuti panjang, pasti soalan begini yang meluncur keluar dan pastinya dijawab dengan cuti yang sudah sold out. Pasti ketawa mereka seandainya saya memberitahu cuti tahunan saya sudah licin-licau sejak bulan Jun lagi. Merenung kembali sesi jalan-jalan 2013.... Selepas berjalan ke Ipoh pada penghujung Disember tahun lalu , tahun 2013 dibuka dengan saya terbang ke Vietnam menyertai rakan di pertengahan perjalanan mereka dari Thailand dan Kemboja. Jan Ho Chi Minh dan Hanoi, Vietnam. Masih teringat lagi, saya terpaksa keluar awal dari mesyuarat bagi mengejar kapal terbang ke Ho Chi Minh dan sejak itu, terus muka ini dicop sebagai kaki jalan oleh ketua :) Ipoh, Perak dan (terlanjut ke Pulau Pinang). Datang ke Ipoh berkeretapi dan pulang menaiki kereta, serta sempat lagi menyinggah ke Pulau Pinang. Pertama kali menonton wayang sebelum ke walimah orang ;) Juga pertama kali...

Menjadi Pengembara di Tanah Sendiri

Image
Mengemaskini telefon, terjumpa pula gambar ini. Entah dari artikel mana saya men' screen capture 'nya. Mungkin dari Lonely Planet. Teringat betapa pernah saya melawat kampung halaman sendiri di Perak dan saya menikmatinya sebagaimana saya melawat tempat asing :) Angan-angan yang sudah lama saya simpan adalah melakukan road tour ke kawasan pedalaman Malaysia. Waida Yusof, 29 Disember 2013 KL PS: Rupa-rupanya, beberapa hari sahaja lagi tahun 2013 akan tamat. 

Pesta Ski Di Puncak Swiss

Image
2 April 2013. Rezeki kami pagi itu murah. Biarpun suhu 1 darjah Celcius, hari itu, cuaca bermula cerah. Matahari juga tidak segan silu untuk keluar memancarkan sinarnya. Mudah kami memulakan perjalanan sehari ke puncak Jungfraujoch di Switzerland dan pulang ke Geneva malam itu juga . Sebaik keluar dari hostel , rupa-rupanya bukan kami sahaja yang mahu ke puncak. Banyak pula orang tempatan mengambil kesempatan ini bermain ski di puncak pergunungan Alps. Penuh dengan pemain ski di sepanjang trek keretapi stesen Wilderswil ini.  Berduyun-duyun seperti pesta sehingga saya dan kawan pula rasa kekok tidak sama-sama bermain ski. Tempat meletak papan luncur ski di dalam keretapi Seronok memerhatikan mereka. Yang kanak-kanak, inilah masanya mereka berjinak-jinak dengan dunia ski. Yang remaja, mencabar diri dengan bermain ski dari tempat tinggi. Naik kereta kabel ke tempat tinggi dan mula meluncur turun! Yang dewasa pula, emmm.. membuang salji dari bu...

100 Peta Pengubah Dunia

Image
Mengemas buku-buku sendiri, terjumpa pula buku yang belum pernah dibaca sejak dibeli. Tajuknya, " To The Ends of The Earth: 100 Maps That Changed The World " ditulis oleh Jeremy Harwood. Buku yang akan bertukar tuan  Antara dua peta yang mengubah lanskap peta dunia di dalam buku ini; Pertama: Peta Keretapi Bawah Tanah Peta Subway London circa 1935 Ini adalah peta subway London pada tahun 1935. Penciptanya adalah Tuan Harry Beck, iaitu seorang jurutera elektrik. Apa yang menariknya, beliau melukis peta ini tidak mengikut amalan pelukis peta lain zaman itu. Misalnya, peta ini tidak dilukis mengikut skala dan tiada langsung maklumat geografi kecuali sungai Thames. Kata Tuan Harry, beliau terinsipirasi dengan lukisan litar elektrik semasa mencipta peta ini. Akhirnya, jadilah peta subway London ini menjadi standad peta keretapi bawah dunia sekarang :) Kedua: Peta Jalan London dari A ke Z Semuanya bermula dengan sebuah masalah. Pada tahun 1935, pencip...

Misteri The Chimney di Labuan

Image
Namanya The Chimney, iaitu pendiang.  Namun, sehingga sekarang, tiada sesiapa pun tahu apa fungsi bangunan ini. Kata orang kampung, "Bangunan ini adalah rumah api pada zaman dahulu." Namun, melihat bangunan ini, langsung tiada kesan atau tanda-tanda struktur tangga dibina menuju ke puncak. Waida Yusof, 27 Nov 2013 KL

Mengkaji Batu di Labuan

Image
Hilang sebentar dari dunia online dengan mengikuti kursus tentang batu di Labuan. Siapa kata di Labuan tiada tempat yang menarik selain membeli-belah coklat? :) Sebahagian daripada lapisan batu-batu yang kami jejaki. Antara lapisan batu pasir yang termampat berjuta, juta, juta tahun dahulu. Kredit Foto: Amirah Raihana Bukan mudah sebenarnya menjadi ahli kaji batu (mujurlah saya bukan. Biarlah saya kekal menjadi jurutera, termasuk menjadi jurutera kata-kata ). Misalnya, tempat ini hanya dapat diakses apabila air laut surut... ...dan, pemandangan begini pula hanya dapat dinikmati selepas kita berjalan meredah hutan, memanjat bukit dan melintas di celah-celah belakang rumah orang. Cerita Farah, si ahli kaji batu, "Boleh sahaja kami berkampung sebulan di sini bagi mengkaji batu." Namun, kepenatan itu terbayar apabila berjumpa benda-benda " rare " seperti ini :) Fosil yang terbentuk pada batu. Lumpur yang naik ke permukaan dari dalam bumi. Jika mahu, bol...

Granada - Kota Al-Andalus Yang Hilang

Image
Granada Kota terakhir Al-Andalus sebelum Al-Andalus hanya sekadar tinggal nama. Pemandangan Al-Bayzin, kota lama Granada dari balkoni hostel Tangga kecil dan tinggi yang biasa ditemui di Al-Bayzin Ajaibnya, rasa nostalgik itu lebih banyak dirasa ketika berada di luar kota ini daripada ketika berada di sana. Semuanya kerana selepas membaca sejarah Islam di Sepanyol daripada bermulanya Al-Andalus sehingga kerajaan ini hilang. Busking di Plaza Nueva Seni khat untuk jualan di Plaza Nueva Ketika di sana, mulut malah mengeluh kerana tidak tahu lagi tempat yang perlu dituju sementara menanti hari kunjungan ke Alhambra. Kebanyakan tempat yang disyorkan Tourism Granada adalah gereja sehingga kami membuat keputusan drastik membeli tiket balik hari ke Cordoba walaupun tiada dalam rancangan. Masjid Besar di Granada. Dari lamannya, kita dapat melihat terus ke Alhambra yang di atas bukit Pokok oren yang banyak ditemui di Granada dan Cordoba dek cuaca...