Posts

Terima Kasih, Abah

Image
Orang sering menyebut, "Setiap lelaki yang berjaya ada wanita di belakangnya." Mungkin saya dapat tukarkan kata-kata itu seperti ini. "Setiap pengembara ada penyokong tegar di belakangnya." Siapa penyokong tegar setiap kali kalian mengembara? Hanya seorang yang terlintas di kepala, iaitu Abah. Sejak saya mula bekerja dan asyik terbang ke sana sini atas urusan kerja atau peribadi, Abah jualah yang kerap mengambil dan menghantar saya ke lapangan terbang. Dialog setiap kali saya tiba di KLIA atau LCCT sejak tujuh tahun lalu serupa sahaja. "Abah, kak ngah tunggu di sekian-sekian (merujuk kepada tiang bernombor di luar KLIA atau kedai-kedai di LCCT)." Kemudian, Abah akan datang dan menjemput anaknya ini pulang ke rumah tidak kira waktu dan hari. Terima kasih, Abah. Walaupun anakmu ini pernah tersilap beritahu tarikh pulang dari Singapura sehingga Abah menelefon dari rumah bertanya sedang anakmu ini tidur nyenyak di atas katil. Walaupun anakmu ini pernah te...

Tempat Wajib Lawat Waktu Travel - Pasar

Image
*Amaran - Jangan baca entri ini ketika sedang makan. Setiap tempat yang saya pergi, saya cuba untuk kunjungi pasar basah dan keringnya. Seperti ada satu keseronokan melihat barang-barang lokal di situ. Lain lokasinya, lain barang lokalnya. Jika di pasar di Portobello Road, London , saya terjumpa (dan beli) buah epal keringnya. Jika di pasar di Bukittinggi, Indonesia , wajib membawa pulang kerepek belinjo pahit-pahit sedap itu. Jika di pasar di Bellacour, Lyon , kami shopping buah strawberi yang kebetulan musimnya. Di Pasar La Boqueria, Barcelona lain pula ceritanya. Ada pisang atau bananito . Ada rambutan. (Lihat semula gambar di atas gambar pisang bagi melihat rambutan. Kasihan penduduk di sini kerana dijual rambutan yang sudah kecut. Mereka patut datang ke Malaysia bagi menikmati rambutan). Ada (deretan) coklat. Ada gula-gula. Ya, ini adalah sejenis candy yang dibentuk seperti buah, roti dan macam-macam lagi. Ada sotong besar. (Kawan saya kata, ini adalah sotong kurita). Ada ...

Kisah Gila-gila Mac April 2013

Lama saya menyepikan diri. Jujurnya, saya baru pulang dari kegiatan travel gila-gila. 4 hari 3 malam ke Yogyakarta dan terus memandu ke Melaka untuk 2 malam. Selang 4 hari kemudian, saya dan kawan terbang ke Paris untuk trip kali ketiga ke bumi Eropah. Kisah gila-gila Mac-Apr 2013. Ligat berjalan bukan alasan tidak menulis juga sebenarnya. Memang sudah angan-angan saya mahu menulis di blog ini ketika dalam perjalanan, namun belum lagi terlaksana. Cita-cita yang besar, namun banyak tulisan yang tertinggal dalam kepala juga. Nampaknya, saya harus lebih bergigih menulis! Waida Yusof 18 Mac 2013

Wanita Vietnam Yang Sensitif

Image
Sensitif. Bukan sensitif yang merujuk kepada hati. Bukan juga sensitif sehingga membawa kepada rajuk yang panjang. Sensitif yang lebih dihargai adalah sensitif kepada keperluan manusia. Ia lebih berharga apabila manusia itu bergelar penyewa rumah tumpangan atau hotel. Sebaliknya, sensitif kepada keperluan manusia. "Puan, ada microwave di sini?" Saya bertanya pekerja di Little Saigon Boutique, hotel kami menginap di Ho Chi Minh. Puan yang bekerja di bufet mini sarapan hari itu pantas menggeleng. Dia terus menunjukkan kuali leper di atas dapur. Saya menunjukkan makanan yang dibungkus, namun, tidak sempat dimakan dan terus dimasukkan dalam peti sejuk. Tiba-tiba, wajah Puan itu bertukar serba-salah dan membuka cerita, "Kami masak daging dalam kuali ini." Mungkin daging khinzir yang dimaksudkan. Saya tidak tahu. Mungkin ya, mungkin juga tidak. Namun, saya pernah terbaca rakyat Vietnam sukakan hidangan berasaskan daging itu. Meskipun begitu, saya tetap gembira Puan itu...

Aqui Maastricht, Rumah Sewa Mesra Alam

Image
"Selamat datang ke Maastricht." Seorang wanita berusia menyambut kedatangan kami di hujung anak tangga. Saya mendongak ke atas. Tangga berpilin-pilin dan tinggi melangit terbentang di hadapan kami. Tangga yang sinonim dengan rumah-rumah di Belanda. Mujurlah saya menempah bilik di tingkat pertama Aqui Maastricht ini. Melihat saya berpaling kepada beg, pantas Annemiek, wanita berusia namun kekal cantik itu berkata, "Biarkan sahaja beg kamu di situ. Saya akan minta orang angkatkan bagasi kamu nanti. Sementara itu, mari saya tunjukkan bilik kamu." Kami menaiki tangga. Rupa-rupanya, tingkat satu yang disebut itu adalah tingkat dua. Sekali lagi, bersyukur tidak menempah bilik di tingkat tiga. Jika tidak, kasihan sekali kepada ibu (dan saya juga). Annemiek membuka pintu bilik berwarna putih itu. Wah, bilik ini seperti bilik showroom IKEA! Agaknya, Annemiek memang peminat barang-barang IKEA. Itu telahan awal saya. Rupa-rupanya, memang benar. Cawan-cawan di...

Travel Map Trip Advisor

Image
Cuba-cuba Travel Map dari Trip Advisor di Facebook. View my profile Create your own travel map . Waida Yusof, 28 Februari 2013 KL PS: Selamat hari lahir kepada seorang sahabat istimewa dan juga merangkap rakan se-travel saya! :)

Pantun Melayu berbahasa Perancis

Image
Berjalan-jalan di Kinokuniya dan terjumpa buku tentang Malaysia dalam bahasa Perancis. Ia bukan satu perkara yang pelik. Kinokuniya juga kedai buku gergasi dari Jepun. Namun, apa yang lebih luar biasa apabila di dalam buku itu, ada petikan pantun diterjemah ke dalam bahasa Perancis! Le Pantoun du Malaise Gambar jarak jauh Gambar jarak dekat Dalam keterujaan mengambil gambar muka surat dalam, terlupa langsung mengambil gambar kaver buku.  Waida Yusof, 22 Februari 2013, KL