March 10, 2013

Wanita Vietnam Yang Sensitif

Sensitif.

Bukan sensitif yang merujuk kepada hati. Bukan juga sensitif sehingga membawa kepada rajuk yang panjang.

Sensitif yang lebih dihargai adalah sensitif kepada keperluan manusia. Ia lebih berharga apabila manusia itu bergelar penyewa rumah tumpangan atau hotel. Sebaliknya, sensitif kepada keperluan manusia.

"Puan, ada microwave di sini?"

Saya bertanya pekerja di Little Saigon Boutique, hotel kami menginap di Ho Chi Minh.

Puan yang bekerja di bufet mini sarapan hari itu pantas menggeleng. Dia terus menunjukkan kuali leper di atas dapur.

Saya menunjukkan makanan yang dibungkus, namun, tidak sempat dimakan dan terus dimasukkan dalam peti sejuk.



Tiba-tiba, wajah Puan itu bertukar serba-salah dan membuka cerita, "Kami masak daging dalam kuali ini."

Mungkin daging khinzir yang dimaksudkan. Saya tidak tahu. Mungkin ya, mungkin juga tidak. Namun, saya pernah terbaca rakyat Vietnam sukakan hidangan berasaskan daging itu.

Meskipun begitu, saya tetap gembira Puan itu memberitahu saya.

Akhirnya, saya naik semula ke bilik dengan bekas makanan yang masih sejuk.

Waida Yusof,
10 Mac 2013
KL

PS: Kesudahan cerita ini, makanan itu berjaya dipanaskan juga dengan manipulasi konsep wap daripada cerek elektrik.(Itulah jadinya, apabila jurutera pergi mengembara :) )

No comments:

Post a Comment