Posts

Wanita Vietnam Yang Sensitif

Image
Sensitif. Bukan sensitif yang merujuk kepada hati. Bukan juga sensitif sehingga membawa kepada rajuk yang panjang. Sensitif yang lebih dihargai adalah sensitif kepada keperluan manusia. Ia lebih berharga apabila manusia itu bergelar penyewa rumah tumpangan atau hotel. Sebaliknya, sensitif kepada keperluan manusia. "Puan, ada microwave di sini?" Saya bertanya pekerja di Little Saigon Boutique, hotel kami menginap di Ho Chi Minh. Puan yang bekerja di bufet mini sarapan hari itu pantas menggeleng. Dia terus menunjukkan kuali leper di atas dapur. Saya menunjukkan makanan yang dibungkus, namun, tidak sempat dimakan dan terus dimasukkan dalam peti sejuk. Tiba-tiba, wajah Puan itu bertukar serba-salah dan membuka cerita, "Kami masak daging dalam kuali ini." Mungkin daging khinzir yang dimaksudkan. Saya tidak tahu. Mungkin ya, mungkin juga tidak. Namun, saya pernah terbaca rakyat Vietnam sukakan hidangan berasaskan daging itu. Meskipun begitu, saya tetap gembira Puan itu...

Aqui Maastricht, Rumah Sewa Mesra Alam

Image
"Selamat datang ke Maastricht." Seorang wanita berusia menyambut kedatangan kami di hujung anak tangga. Saya mendongak ke atas. Tangga berpilin-pilin dan tinggi melangit terbentang di hadapan kami. Tangga yang sinonim dengan rumah-rumah di Belanda. Mujurlah saya menempah bilik di tingkat pertama Aqui Maastricht ini. Melihat saya berpaling kepada beg, pantas Annemiek, wanita berusia namun kekal cantik itu berkata, "Biarkan sahaja beg kamu di situ. Saya akan minta orang angkatkan bagasi kamu nanti. Sementara itu, mari saya tunjukkan bilik kamu." Kami menaiki tangga. Rupa-rupanya, tingkat satu yang disebut itu adalah tingkat dua. Sekali lagi, bersyukur tidak menempah bilik di tingkat tiga. Jika tidak, kasihan sekali kepada ibu (dan saya juga). Annemiek membuka pintu bilik berwarna putih itu. Wah, bilik ini seperti bilik showroom IKEA! Agaknya, Annemiek memang peminat barang-barang IKEA. Itu telahan awal saya. Rupa-rupanya, memang benar. Cawan-cawan di...

Travel Map Trip Advisor

Image
Cuba-cuba Travel Map dari Trip Advisor di Facebook. View my profile Create your own travel map . Waida Yusof, 28 Februari 2013 KL PS: Selamat hari lahir kepada seorang sahabat istimewa dan juga merangkap rakan se-travel saya! :)

Pantun Melayu berbahasa Perancis

Image
Berjalan-jalan di Kinokuniya dan terjumpa buku tentang Malaysia dalam bahasa Perancis. Ia bukan satu perkara yang pelik. Kinokuniya juga kedai buku gergasi dari Jepun. Namun, apa yang lebih luar biasa apabila di dalam buku itu, ada petikan pantun diterjemah ke dalam bahasa Perancis! Le Pantoun du Malaise Gambar jarak jauh Gambar jarak dekat Dalam keterujaan mengambil gambar muka surat dalam, terlupa langsung mengambil gambar kaver buku.  Waida Yusof, 22 Februari 2013, KL

Lagi Kisah Makanan Halal

Image
Lanjutan entri mencari coklat halal di Belgium , saya sedar tidak boleh bertanya dengan perkataan "halal" andai mahu mencari makanan halal. Sekali lagi, peristiwa nan satu ini mengukuhkan lagi dapatan saya tentang penggunaan perkataan "halal". Di London, kami menginap di hostel Equity Point, Westbourne Terrace, Paddington.  Equity Point Hostel Tatkala kami mahu keluar selepas tiba dari Prague dengan Wizz Air, seorang wanita di kaunter menegur kami dengan mesra, "Kamu bertiga orang Malaysia? Mahu ke mana selepas ini?" Tiba-tiba, terlintas idea mahu bertanya restoran halal kepada wanita ini. Kebetulan, memang kami mahu keluar makan. Soalan saya disambut anggukan laju wanita itu beserta penerangan ringkas arah ke restoran itu. Lantas kami bergegas ke restoran seperti yang ditunjukkan. Tiba di situ, entahkan mahu ketawa atau.... Kedai "Ya Hala", bukan "Halal" Waida Yusof, 19 Februari 2013, KL PS: KFC di Paddington, Londo...

Kreativiti Mencari Makanan Halal

Image
Berjalan ke luar negara memang seronok. Namun, cabaran utama berjalan ke negara minoriti orang islam adalah mencari makanan halal. Makanan India-Pakistan di London Bukan sekadar mencari makanan halal. Malah, lebih sukar mencari makanan lokal dan halal. Kata orang, "Antara nikmat berjalan ke negara orang adalah merasa makanan tempatan." Lalu, bukan makanan Turki atau Arab yang dicari. Bukan juga makanan dari Pakistan atau India, walaupun ke negara penduduk bermata biru. Sehingga pernah saya berjenaka dengan kawan, "Lebih mudah merasa makanan luar di Malaysia berbanding di negara asalnya." Setiap makanan perlu diteliti dan difahami cara pembuatannya. Adakalanya, keju itu tidak boleh dimakan dek rennet haiwan yang digunakan. Adakalanya, kek juga ditambah arak, misalnya log cake yang banyak muncul ketika Krismas. Namun begitu, ketika saya, Shawn dan Fidah ke Belgium , kami kepingin juga mahu membeli coklat home-made. Jadi, bermula sesi soal-jawab mema...

Dunia Gambar Tanpa Tripod

Image
Berjalan dua, tiga atau empat orang tanpa tripod, pasti terjadi peristiwa "ambil-gambar-tidak-cukup-korum" . Apabila jalan berdua, ambil gambar seorang demi seorang berlatar tempat yang sama. Apabila jalan bertiga, boleh jadi bergambar berdua dahulu sebelum yang seorang lagi bergambar solo. Apabila jalan berempat, boleh jadi gambar diambil secara berdua-dua atau bertiga-tiga. Ibu ambil gambar saya... Saya ambil gambar ibu pula... Namun, seringkali juga terjadi peristiwa "orang-baik-hati-entah-dari-mana-dan-tawar-diri-ambil-gambar" . Jenis pertama, orang itu betul-betul baik hati. Ketika saya dan ibu bergilir-gilir mengambil gambar berlatarkan rumah keju di Zaanse Schans, Belanda, tiba-tiba, seorang perempuan muda berkulit hitam menegur, "Mari saya ambilkan gambar awak berdua." Antara gambar "rare" kami berdua dek budi baik orang asing. Sungguh, dia mengambil gambar kami berdua kemudian melangkah pergi. Jenis kedua, orang itu mahu kita amb...