Posts

Jalan Jalan 2012

Image
Kisah doodle Google sepanjang 2012 31 Disember 2012. Tarikh yang nostalgik sifatnya. Lebih nostalgik bila saya teringat catatan nota kecil yang saya tulis dan simpan dalam dompet. Antara yang tertulis di situ, "Melawat sekurang-kurangnya satu (1) negara setiap tahun." Catatan itu saya tulis pada tahun 2009 dan saya terlupa tentangnya, sehinggalah saya mengemas isi dompet pada tahun 2011! Merenung kembali perjalanan sejak tahun catatan itu ditulis.  2009 Beijing, China. Pertama kali ke negara luar bersama keluarga dengan agensi pelancongan.  2010 Singapura. Menjadi "perasmi tidak langsung" kepada Universal Studio Singapore yang baru dibuka. 2011 Mei Trip UK-Eropah pertama meliputi UK (London) , Belanda (Amsterdam) , Belgium (Brugges), Jerman (Munich) dan Republik Czech (Prague). Trip DIY jauh yang pertama. Segalanya diurus sendiri dan kali pertama pergi tanpa keluarga. Baca catatan bebas trip itu di sini .  Julai Padang, Bukit Tinggi & Danau Meni...

Rakyat Malaysia Kaki Shopping?

Image
Benar. Adakah rakyat Malaysia memang kuat membeli-belah? Cuci mata dengan deretan beg trendi dan murah di Ireland Penemuan ini saya sedari ketika berbual-bual dengan lelaki Macedonia yang bekerja di sebuah kedai cenderamata di Prague, Republik Czech. Sejauh-jauh tempat yang saya pergi, mudah sahaja pembantu kedai di Prague itu mengecam kami sebagai rakyat Malaysia, walaupun saya tidak membeli apa-apa pun di kedainya. Telahan saya, mungkin rakyat Malaysia antara pengunjung tetap di kedainya yang terletak tidak jauh dari Jambatan Charles itu. Sekali lagi, perkara ini mengundang senyum di hati saya ketika berbual-bual dengan "supir" kami ketika di Bandung, Indonesia . Cerita Pak Supir, "Yang sering datang ke sini ada dua jenis. Jenis yang pertama, banyaknya orang Malaysia. Paling tinggi datangnya sebelum bulan Ramadhan dan Syawal. Biasanya, mereka mahu ke tempat belanja. Lalu, mereka mahu ke Toko Tiga, Pasar Baru, pusat kulit, kedai minyak wangi dan lain-la...

Rezeki Dari Langit

Image
Kebaikan yang mengundang senyuman di hati dan bibir. Itulah kebaikan yang dihulurkan orang asing, seperti dalam video ini. Saya juga pernah menerima kebaikan yang serupa. Ketika itu, kami baru sahaja tiba di stesen keretapi utama Prague dengan mata yang terkebil-kebil. Tiba-tiba, kami disapa satu pasangan lelaki dan wanita pertengahan usia. "Kamu tahu berbahasa Inggeris?" Kami bertiga mengangguk. Lelaki itu menghulurkan sekeping kertas sebesar dua keping setem. Beritahunya, "Ambillah tiket metro 24 jam ini. Tiket ini akan luput esok dan kami sudah mahu pulang." Mesin Pengesah Tiket Metro di Prague ( sumber ) Dia tersenyum dan mereka berlalu pergi. Dan, kami tetap terkebil-kebil di situ, sambil memegang kertas itu di tangan. Inilah namanya rezeki dari langit! Waida Yusof, 14 Disember 2012 Janda Baik

Trip Overland Malaysia-Thailand

Image
Mungkin ini laluan yang diceritakan rakan yang saya baru kenali ini. Mereka berenam memandu dua buah kenderaan pacuan empat roda daripada Sadao, sempadan Malaysia-Thai ke Krabi, Thailand. Cerita rakan saya itu, "Perjalanan menuju ke Krabi itu lebih menarik daripada ketika sudah sampai ke destinasi." Perjalanan mereka mengambil masa sekitar enam jam. (Dari Google Maps, empat jam sahaja). Ini antara rancangan overland yang boleh dipertimbangkan pada masa hadapan, selain daripada terbang terus ke sana. Jika tidak, boleh juga menaiki keretapi ke Thailand :) Waida Yusof, 17 Nov 2012, Johor Bahru

Titik Hitam Dalam Mengembara

Image
Cerita perjalanan itu sebenarnya, bukan yang indah-indah sahaja. Ada juga sisi yang kurang manisnya. Ketika berlaku, Tuhan sahaja yang tahu betapa berdebarnya hati kami. Namun, ketika dikenang kembali, peristiwa ini rupanya memberi warna kepada sebuah pengembaraan itu. Acapkali, perjalanan saya sama ada seorang diri, berdua atau bertiga. Selalunya bersama perempuan sahaja. Peristiwa Pertama Pita kebab terbaik yang dijual di kedai "Halal Fast Food" Pernah sekali, ketika di Munchen (Munich), Jerman, saya dan dua orang kawan memesan makanan segera halal (baca: fast food kebab) dari sebuah kedai kecil. Sedang kami menunggu, seorang lelaki dengan rambut tegak bercacak seperti besi cerucuk masuk ke kedai itu. Dia cuba berbual-bual dengan salah seorang rakan saya, namun, rakan saya melayan hanya sekadarnya sahaja. Tidak beria-ia, tidak pula bersikap dingin. Tiba-tiba, dari belakang kaunter, saya ternampak pemilik kedai makanan itu menjeling ke arah kami, sambil mem...

[Tip] Kali Pertama Kembara

Entri ini dikongsi di Twitter Lonely Planet dan ditulis Caz dari ytravelblog.com . 43 TIP BAGI PENGEMBARA KALI PERTAMA Antara yang saya suka, Tip no 40. Belajar mencangkung dalam tandas. Kamu perlukannya. Ketawa seorang diri dan terus kongsikan kepada rakan-rakan. Tip di bawah ini pula perkara baru bagi saya dan saya bersetuju dengannya. Tip no. 43. Bersedia dengan kejutan budaya di tempat sendiri sebaik pulang ke rumah. Tambahan tip daripada saya pula. Tip Pertama , buat salinan passport dan maklumat penting. Simpan di tempat berasingan. Jika passport hilang, salinan dapat digunakan ketika berkunjung ke Kedutaan. Tip Kedua , salin alamat kedutaan di setiap negeri kita pergi, terutamanya, di negara yang jauh seperti Eropah dan US.  Terima kasih Caz kerana sudi berkongsi tip-tip ini! :) Boleh baca senarai penuh 43 tip itu di sini . Waida Yusof, 8 Nov 2012 KL, Malaysia

November Rain

Image
November Rain. Mungkinkah hujan memang sering turun dalam November sehingga kumpulan rock Gun N' Roses menggunakannya sebagai tajuk lagu. Seakan-akan serasi dengan suasana November di Malaysia sekarang. Dan pagi tadi, tatkala menerima limpahan cahaya pagi, hati ini sudah begitu riang. Perasaannya sama seperti tinggal di negara empat musim dan melompat kegembiraan ketika tiba musim panas. Namun, tetap tidak boleh kalah kepada penduduk Amsterdam, Belanda yang akan ber"mandi" cahaya matahari ketika musim panas. Kredit Foto: DutchAmsterdam.nl Kerusi disusun menghadap ke arah jalan dan mereka duduk berderet seperti menonton wayang gambar. Keadaan ini berlaku pada hampir semua kafe. Pertama kali melihat pemandangan seperti ini di Amsterdam, saya dan ibu terpinga-pinga. Terdetik dalam hati, "Adakah mereka sedang menonton wayang pacak?" Serentak kepala dipusing mencari wayang gambar, namun langsung tidak kelihatan. Rupanya, mereka meraikan kedatangan mata...