Posts

Kawan Baru Di Ukraine

Image
Hari ini, tersenyum-senyum saya tatkala membuka emel. (Siapa tahu suatu hari nanti, saya akan dapat ke Ukraine. Amin!) Maklumat projek PostCrossing di sini. Waida Yusof 19 Sept 2012 Kuala Lumpur

Tandas

Entah mengapa, malam ini saya teringat peristiwa nan satu ini. Kisah tentang tandas. Ya, kisah mencari tandas saat mengembara ke Ireland. Waktu itu, saya, adik dan ibu dalam perjalanan pulang dari Killarney ke Galway. Tiba-tiba, penumpang saya berkata dengan suara tertahan-tahan, "Kita cari tandas, boleh?" Kereta terus dibelok ke arah simpang keluar terdekat, Bunratty. Pitstop pertama, stesen minyak. Tiada tandas. Pitstop kedua, stesen minyak kedua. Tiada juga. Pitstop ketiga, tempat lawatan. Bunratty Castle & Folk Park. Ya, tandas ada di kedai cenderamata (sambil berpura-pura menjadi pelawat tempat ini). Akhirnya, membeli juga cenderamata di tempat ini. Tips Kembara: 1. Cari tandas di mana pelawat/pelancong berkumpul. 2. Stesen minyak bukan tempat mencari tandas :) Tips Kembara Bonus: Jika ke Bunratty Castle, bertentangan dengan tempat ini ada dijual sweater bulu kambing Arann dengan harga berpatutan :) Blarney Woolen Mills. Waida Yusof...

Kata-kata Hikmat Penjelajah

Antara blog kembara yang saya ikuti sekarang adalah, blog Fatt dari BackpackerBusuk . Jelajah beliau yang terkini dikongsi di blog adalah di Chengdu, Cina . Jujur, terinspirasi saat membaca blognya. Kagum juga dengan kegigihannya menulis cerita-cerita kembaranya satu per satu. Hanya satu yang saya mahu kongsikan (yang diceduk dari sana). "When you travel, remember that a foreign country is not designed to make you comfortable. It is designed to make its own people comfortable - Clifton Fadiman." Terjemahannya, "Saat mengembara, negara asing tidak pernah dan tidak akan membuat kita selesa. Sebaliknya, negara itu direka supaya rakyatnya yang selesa, bukan kita." Sungguh benar kata-kata ini! Waida Yusof, 3 Sept 2012 Bangi, Selangor

Sistem Keretapi di Belanda

Image
2011, saya ke Amsterdam dan menaiki tram sahaja. 2012 pula, saya ke Amsterdam dan Maastricht di Belanda. Kali ini, menaiki sprinter dan Intercity pula. Selepas kejadian sesat dan terlajak, baru saya memahami serba sedikit sistem keretapi di sini. Ringkasnya, ada 5 jenis sistem keretapi. 1. Metro - serupa LRT bawah tanah di negara kita. 2. Tram - serupa LRT, tetapi di atas jalan raya. Tiket tram dengan konsep masa ( kredit foto ) 3. Sprinter - keretapi dengan trek khusus (serupa komuter) Saya gunakan sprinter ketika mahu ke Zaanse Schans ( kredit foto ) 4. Intercity (IC) - keretapi antarabandar. Laju dengan perhentian terhad di bandar besar. Naik keretapi ini jika mahu jimat wang tambang! (bagi perjalanan jarak jauh) ( kredit foto ) 5. Fyra - keretapi laju jarak jauh tanpa henti. Naik keretapi ini jika mahu jimatkan masa perjalanan (bagi perjalanan jarak jauh) ( kredit foto ) (Boleh dikatakan rata-rata bandar di Eropah juga menggunakan sistem keretapi seper...

Apa Souvenir Popular di Malaysia?

Dua tiga hari ini, saya berulang-alik ke pejabat pos. Menghantar poskad kepada sahabat baru di Belarus, Poland, USA, Rusia dan Ukraine :) (Gara-gara menyertai projek PostCrossing.com ) Seorang sahabat baru saya di Rusia memohon saya menulis cenderamata popular di negara ini ketika menghantar poskad kepadanya. Termenung saya memikirkannya. Ya. Apa cenderamata paling popular di Malaysia? Kata Vika, Rusia terkenal dengan matryoshkas . Praha pula terkenal dengan anak patung marionette . Lalu, Malaysia pula apa? (Pada mulanya, saya mahu membalas, makanan kami lebih popular daripada cenderamata. Hehe) Akhirnya, saya membalas, "Kain Batik" :) Dan, menambah di bawah, "Cenderamata popular kami sebenarnya mengikut negeri. Lain negeri lain cenderamatanya." Waida Yusof 29 Ogos 2012 Kuala Lumpur

Kapten Bas di Singapura

"Lihat pada dinding bas itu!" Saya menjerit kepada teman sekembara, Gee. Serentak itu, dia menoleh. Walau menoleh, tangannya tidak pernah lepas memegang kamera DSLR-nya itu. Pada dinding itu, terlihat sekeping notis bertulis "Kapten Bas". Ya, Kapten Bas dan bukan Pemandu Bas. Sungguh, saya tahu kini, bagaimana memuliakan satu jawatan yang dianggap rendah pada mata manusia. Semuanya hanya dengan kata-kata. Fikir-fikir, andai pemandu kapal terbang dipanggil juruterbang dan dianggap gah, mengapa tidak pemandu bas juga dipanggil kapten? Waida Yusof 25 Ogos 2012 Bangi, Selangor

Masak Kek Di Kelantan?

Kelantan. Negeri ini sangat dekat dalam jiwa saya. Kerananya, saya menjadi anak dagang buat pertama kali. Setiap kali bercerita tentang Kelantan, antara kisah yang muncul di memori adalah kisah "Baking" di Kelantan. Kisah ini bermula ketika adinda-adinda sedorm asyik berbual sesama mereka, dan terdengarlah perkataan "baking". Kehairanan, lantas, saya bertanya kepada mereka, "Kamu mahu masak kek?" Ketawa adinda-adinda sedorm saya terus pecah! Bergegar seluruh dorm dibuatnya. "Baking" yang saya sangka itu, rupa-rupanya adalah "bekeng"! *Maksud bekeng adalah garang. Waida Yusof 23 Ogos 2012 Bangi, Selangor.