Posts

Mari Bergembira dan Menari Di Shanghai

Image
Bilakah kali terakhir kita melihat orang menari di taman? Oh, bukan begini soalannya... Bilakah kali terakhir kita melihat orang menari tarian ballroom bukan di dalam dewan? Ya, tarian ballroom seperti waltz, tango dan foxtrot. Pada awal-awal kami sampai di taman, tempat ini asalnya kosong Kami syak wanita berbaju pink inilah pengajarnya Saya paling kagum melihat lelaki veteran berkot dan bersarung tangan itu :) Menari pula di celah-celah pokok daun mapel yang keguguran, sambil mengikut rentak tarian dalam bahasa Cina. Memang asyik. Agaknya, beginilah yang berlaku setiap pagi Ahad di Taman Xianyang, berhampiran kawasan French Concession di Shanghai . Melihat mereka, buat saya teringin belajar tarian ballroom pula :) Waida Yusof, 27 November 2014 KL PS: Sesungguhnya, mereka benar-benar menikmati hidup, biarpun pada usia emas.

Merantaulah & Gapai Impianmu

Image
Taman bunga diraja dalam istana Kyoto Biarkan hari terus berlari Tetaplah jadi manusia mulia, apa pun yang terjadi Janganlah galau dengan tiap kejadian sehari-hari Karena tak ada yang abadi, semua kan datang dan pergi Jadilah pemberani melawan rasa takutmu sendiri Karena lapang dan tulus adalah dirimu sejati Janganlah pandang hina musuhmu Karena jika ia menghinamu, itu ujian tersendiri bagimu Takkan abadi segala suka serta lara Takkan kekal segala sengsara serta sejahtera Merantaulah. Gapai setinggi-tingginya impianmu Berpergianlah. Maka ada lima keutamaan untukmu Melipur duka dan memulai penghidupan baru Memperkaya budi, pergaulan yang terpuji, serta meluaskan ilmu Disalin dari buku "Rantau 1 Muara" - Teks diadaptasi dari bait-bait syair Imam Syafii (767 - 820M) Waida Yusof 7 Nov 2014 KL PS: Dedikasi khas buat rakan-rakan yang 'kaki travel'.

Berpisah dengan Jepun

Image
Saya ini orang yang sentiasa ada situasi dengan masa. Yang mahu dibuat itu banyak.  Masa yang ada itu pula sentiasa dirasa tidak mencukupi. Rupanya, jawapan kepada situasi ini, saya temui di sebuah dinding kedai cermin mata di Jepun. Terjemahannya berbunyi begini. Ini bukan kedai cermin mata yang saya maksudkan :P "Berapa jam dalam sehari hidupmu yang membawa makna? Banyakkan masa kosong supaya mindamu awet muda. Masa berkualiti itu menambah elegan dan kecantikan." Saya pasti akan merindui Jepun. Waida Yusof, 2 Nov 2014, Osaka, Jepun Ps: Menikmati saat-saat terakhir di sini.

Berkenalan dengan Jepun

Image
"Cuti tiga minggu ke Jepun? Pusing seluruh Jepun kah?" Berkali-kali saya ditanya begitu apabila memberitahu destinasi jalan-jalan kali ini.  Dan, setiap kali itulah saya menggeleng kepala.  Entah bagaimana mahu memberitahu yang Jepun itu besar sekali dan mustahil mahu dijelajahi dalam masa tiga minggu. Boleh sebenarnya, jika hanya ke bandar-bandar utama di Jepun. Namun, perasaannya umpama melawat Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Melaka sahaja. Kemudian, kita anggap sudah cukup mengenali Malaysia. Sayang betul rasanya jika tidak ambil masa bagi mengenali Jepun. Jadi, fokus kami kali ini hanya mahu mengenali beberapa tempat di pulau Honshu. Kemudian, jika ada rezeki, boleh datang lagi ke Jepun, insya Allah :) Waida Yusof, 19 Oktober, Jepun PS: Malam ini, saya berkenalan dengan Makina, dan beliau memperkenalkan beras, teh hijau dan limau dari daerah Mie. Kata Makina, berkenal-kenalanlah dengan Jepun melalui makanannya. 

Sam dan Rasa Ingin Tahunya

Image
Sam, oh, Sam. Ini kisah Sam,  pengurus rumah tumpangan kami  di Vancouver, Kanada serta soalan-soalan luar jangkanya. Rumah tamu Between Friends di Arbutus Street Beliau berasal dari Jepun dan sudah lebih sepuluh tahun bermastautin di Vancouver. Hanya sekali dalam setahun, beliau akan pulang bercuti ke Jepun dan melawat saudara-mara di sana. Menurut Sam, ini kali pertama rumah tamu (baca: Bed & Breakfast) beliau menerima tetamu dari Malaysia. Rumah di mana Sam tinggal bersama isterinya (Dalam hati saya, mujur jugalah dia pernah mendengar nama Malaysia) Mungkin atas faktor pertama kali bertemu orang Malaysia, beliau menjadi sangat ingin tahu tentang kami. (Mungkinlah...) Kali pertama bertemu Sam, beliau sudah bertanya, "Orang Malaysia biasa memakai... "ini"?" sambil menunjuk kepada tudung yang dipakai kami. Lalu, kami mengangguk. Kami sangka soalan itu hanya setakat di situ. Rupa-rupanya tidak. Soalan seterusnya datang ketika ...

Magis Bulan September

Image
September adalah bulan istimewa dalam hati saya. Dan, tahun ini adalah September yang paling istimewa. Ketika menulis cerita tentang Fiona tahun lepas, saya tidak sangka saya akan bertemu beliau lagi pada tahun 2014 ini ............. .......... ....... ..... .... Whistler, Kanada adalah tempat popular di kalangan peminat sukan ekstrem basikal di Kanada! Dan, inilah tempat pertama yang buat saya menghidap sakit nombor satu manusia kota pada bulan Ogos lalu. Memohon visa ke negara ini bukan calang-calang. Lebih kurang sepuluh dokumen yang perlu disediakan bagi memohon visa ke sana. Antaranya, bukti kita bekerja di Malaysia, bukti kewangan yang kukuh, sejarah perjalanan sejak 10 tahun lalu, dan juga surat jemputan dari pihak di Kanada (jika perlu). Memang bukan idea yang bagus memohon visa dalam tempoh sebulan. Bisa jadi pemangkin sakit jantung sahaja. Syukurlah juga, visa (dan pasport) berjaya "terbang" keluar dari Pejabat Kedutaan di Singa...

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Image
"Kita takkan sedar apa kita hilang sehinggalah ia tiada." Kata-kata biasa dan sering diulang-ulang sejak dahulukala, namun tetap dan akan sentiasa relevan. Biarpun hari-hari menatap pemandangan kota Kuala Lumpur dari keretapi, hanya pada suatu hari, saya tersedar tentang sesuatu. Pemandangan kota Kuala Lumpur yang dihuni sejak 8 tahun lalu "Di sini, bangunan tinggi "hidup" dengan tenang bersama gunung-ganang." Lagi, Suatu masa dahulu, ketika berkereta ke tempat kerja "Di sini, alam dan manusia bersatu dalam harmoni." Suatu pencerahan yang mungkin saya tidak perasan pun jika tidak ke Belanda pada masa itu. Berlama-lama di sana dan melihat terusan, namun setiap kali melihat langit biru yang memukau itu, sentiasa ada rasa kehilangan dalam hati . Apabila lihat semula gambar ini, baru perasan ada iklan perempuan berhijab di sebelah kanan Biarpun saujana mata memandang, tetap ada sesuatu yang kurang. Terusa...