Terima Kasih, Kota Bharu
"Adik, bakpe tok amik sejadoh?" (Adik, mengapa tidak ambil sejadah?) Perempuan separa tua itu menegur. Lagak beliau seperti seorang ibu menegur anak perempuannya sehingga saya tersipu-sipu seorang diri. Kemudian, beliau memusing sejadah yang dibawanya dari kedudukan menegak kepada kedudukan melintang sebelum kami sama-sama bersolat Zohor di Masjid al-Baro'ah. Di sini, pasti teringat kenangan berwuduk dengan air karat :) Kemudian, selepas solat, semua jemaah wanita pun bersalam-salaman. Situasi ini tetap seperti yang saya kenali dahulu. Biarpun sudah tiada lagi wakaf kayu cantik di hadapan restoran makanan segera 'A&W'. Biarpun pasaraya The Store sudah hilang kegemilangannya. Biarpun kedai buku yang sering saya kunjungi itu sudah 'hilang' ditelan zaman. Biarpun kedai makan yang saya suka Nasi Pattaya-nya itu saya sudah lupa lokasinya. Walau apapun, saya sudah bertemu kenangan 'rasa' yang saya cari. Rasa kekeluargaan yang pernah saya teri...