Posts

Kembara Itu Demi Perkara Kita Tidak Tahu

Image
"Kembara itu melepaskan apa yang kamu tahu demi perkara yang belum kamu tahu." Petang ini, hamba seperti dilontar undur ke berbelas-belas tahun dahulu, iaitu semasa mahu meninggalkan rumah buat pertama kali. Bukan sahaja rumah, malah kawan-kawan dan kesemua perkara yang sudah berbelas tahun menjadi sebahagian kehidupan sejak kecil. Perkara-perkara yang hamba pun tidak sedar sudah sebati dengan diri ini. Pemandangan rumah, kilang-kilang dan bangunan pencakar langit. Pemandangan kereta-kereta yang sering silih berganti di lebuh raya. Juga kemudahan-kemudahan yang dapat didapati dengan mudah, seperti akses kedai yang melimpah ruah di bandar besar kecuali selepas hamba keluar dari lingkungan itu. Lingkungan zon selesa yang kita cipta dalam diam. Itu cerita 16 tahun dahulu sewaktu pertama kali mahu menetap di Kelantan dalam keadaan serba tidak tahu. Rupanya, selepas 16 tahun itu, rasa itu tetap boleh terwujud biarpun sudah kerap mengembara. Dalam diam, ha...

Ada Apa Dengan Bologna?

Image
Ini adalah cerita tentang perjalanan ke Bologna yang tidak menjadi. Di manakah Bologna itu? Bologna itu di bahagian utara Itali. Mungkin orang Itali akan berkata begini, "Bologna itu di bahagian atas betis." (Negara Itali berbentuk kaki) Ada apa pula di Bologna? Secara harfiahnya apa yang ada di Bologna, saya pun tidak tahu. Kalian boleh merujuk laman web WikiTravel untuk kita sama-sama lihat apa tarikan pelancong yang ada di Bologna. Apa yang penting, di Bologna saya ada peluang bertemu dengan Oliver Jeffers , pelukis buku yang kacak ini. ( Bukunya yang kacak, bukan penulisnya. ) "The Day the Crayons Quit" Hari yang sesuai untuk krayon berhenti mewarna Setiap tahun, sekitar bulan Mac / April, akan ada pesta buku kanak-kanak di Bologna . Ini adalah pesta meraikan pencipta konten kanak-kanak baik penulis, illustrator atau penterjemah . Memandangkan saya belum direzekikan Tuhan untuk ke sana, di sini saya tuliskan cara-cara yang mungkin untuk se...

Bonnes Vacances!

Image
Dua minggu lepas, saya baru menghabiskan buku tulisan Rosie Millard ini, "Bonnes Vacances! A Crazy Family Adventure in the French Territories" Kredit: Amazon Ini cerita sebuah keluarga dari "pulau" Britain mengembara ke pulau-pulau di Perancis. Aha. Perancis ada pulaukah? Itu juga persoalan saya sebelum membaca kisah 'gila-gila' keluarga jurnalis bangsa British ini. Rosie dan suaminya membawa empat anak mereka mengelingi pulau-pulau ini selama 14 minggu. Bermula dari London, mereka terbang ke St Pierre et Miquelon, Martinique, Guyane, Kepulauan Polynesia Perancis, New Caledonia dan akhirnya La Reunion sebelum pulang semula ke London. Kebetulan pula, suami Rosie adalah seorang produser TV, lalu mereka putuskan merakam dokumentari sepanjang tempoh mereka di sana. Bunyinya seperti biasa sahaja, melainkan jika kita tahu kedudukan pulau-pulau jajahan Perancis ini. Semua pulau tempat singgahan keluarga Rosie juga dikenali sebagai départements et territoir...

Petang di Nara, Jepun

Image
"Eto..." "Ano sa..." "Sou ka!" Kasihan Chisaki. Bertungkus-lumus dia mencari perkataan gantian yang sesuai dalam bahasa Inggeris bagi menjawab soalan kami, dua wanita yang pemahaman bahasa Jepunnya sangat minima. Jika saya hanya tahu beberapa patah perkataan Jepun melalui drama & anime, tahap penguasaan Gee lebih baik. Sekurang-kurangnya, Gee masih boleh mengenali huruf-huruf dalam tulisan Katakana & Hiragana. Namun, cita-cita kami petang itu di Nara besar. Kami berdua mahu minum teh di kafe Jepun original. Cita-cita yang datang tiba-tiba selepas terjumpa sebuah kedai makan yang comel (dan tidak berjaya makan ubi keledek rebus pada petang sebelumnya.) Pandangan dari hadapan kedai Hiasan dalam kedai Lagi hiasan dalam kedai Lagi hiasan dalam kedai Chisaki. Antara menu yang dipaparkan mempunyai gambar Akhirnya, yang paling senang bagi kami berkomunikasi adalah bahasa ayam itik, atau perkataan mudahnya,...

2015, Ke Mana Kita?

Image
"Tidak bercuti?" Seandainya ada Anugerah Soalan Popular, pasti soalan ini yang akan menjadi juara setiap kali hujung tahun menjelma :) Tasik di Whistler, Kanada (Lihat entri setahun  lalu, soalan sama juga yang saya tulis di sana.) Kali ini, jawapan saya sudah ada penambahbaikan. Improvisasi kata orang. Bukan sekadar menggeleng. Jawapan yang diharapkan lebih sofistikated dari sekadar menjawab cuti sudah habis. Kata saya, "Biasanya, memang saya tidak bercuti pada hujung tahun. Waktu semua orang bekerja, saya cuti. Waktu semua orang bercuti, saya bekerja." Pada penghujung tahun 2015 nanti, saya akan fikir jawapan lain pula. Melihat semula kisah perjalanan saya dalam tahun 2014 seperti dua tahun sudah ( 2012 & 2013 )... Januari Terbang tidak henti-henti ke Kota Kinabalu (Sabah), Miri (Sarawak) & Kerteh (Terengganu) atas urusan kerja. Februari - Mac Tidak ke mana-mana, kecuali ke UIA, Gombak setiap minggu dan belajar bahasa Perancis ....

Sakit Nombor Dua Manusia Kota

Image
Dapat bertenang-tenang itu rupanya sebuah nikmat hidup. Seumpama minum secawan teh hangat pada pagi hari. Secawan teh hijau (atau merah?) di Nara, Jepun Atau, menikmati sekotak coklat Kit Kat edisi terhad. Kit Kat perasa Epal Shinsu yang tersangat manis.. T_T Terutamanya, selepas berjalan-jalan seperti orang gila. Bermula pada September, terbang ke Kanada selama seminggu. Sebulan kemudian, terbang ke Jepun selama 17 hari. Selang kurang dua minggu kemudian, terbang pula ke Shanghai, China. Pulang sahaja dari Shanghai, "berkampung" pula di hospital menemani adik yang diserang demam denggi. Memang kerja travel paling gila pernah saya lakukan. Ada sedikit rasa kepenatan. Membuat saya terfikir, apalah rasanya orang yang kerjanya membuat dia tidak henti-henti travel ke seluruh dunia. Misalnya, hari ini di London, lusa pula sudah ada di Tokyo. Kemudian, tulat pula di Moscow. Hmmm.... Mungkin ini yang dinamakan sakit gila nombor dua orang kota. Waida Yusof, 10 Disember 2...

Mari Bergembira dan Menari Di Shanghai

Image
Bilakah kali terakhir kita melihat orang menari di taman? Oh, bukan begini soalannya... Bilakah kali terakhir kita melihat orang menari tarian ballroom bukan di dalam dewan? Ya, tarian ballroom seperti waltz, tango dan foxtrot. Pada awal-awal kami sampai di taman, tempat ini asalnya kosong Kami syak wanita berbaju pink inilah pengajarnya Saya paling kagum melihat lelaki veteran berkot dan bersarung tangan itu :) Menari pula di celah-celah pokok daun mapel yang keguguran, sambil mengikut rentak tarian dalam bahasa Cina. Memang asyik. Agaknya, beginilah yang berlaku setiap pagi Ahad di Taman Xianyang, berhampiran kawasan French Concession di Shanghai . Melihat mereka, buat saya teringin belajar tarian ballroom pula :) Waida Yusof, 27 November 2014 KL PS: Sesungguhnya, mereka benar-benar menikmati hidup, biarpun pada usia emas.