Posts

Praha Itu Kota Seni

Image
Di Václavské náměstí / Wenceslas Square / Wenzelsplatz Praha atau Prague adalah sebuah kota di Republik Czech. Kota yang seringkali mengingatkan saya tentang apresiasi sebuah seni. Kedai comel di penghujung Jambatan Charles Seni di kota ini datang dalam banyak bentuk, baik bangunan, lukisan atau muzik. Penjual lukisan di Old Town Square Jika bangunan, kota ini ada Jam Astronomi Purba dan Rumah Menari itu. Jika mahu mencari lukisan, sempatkan sahaja diri ke pasar pagi di tengah kota lama itu. Mungkin masih dapat melihat patung nenek kebayan ketawa itu. Dengarnya, ada cerita di sebalik tanda 'peace' ini Jika tidak, berjalan-jalan sahaja di atas jambatan Charles ( selain melihat patung membuat aksi 'peace' ) dan nikmatilah persembahan dari pemuzik-pemuzik jalanan ini. Itu sahaja sudah cukup bagi kita menikmati sebuah seni. Waida Yusof, 13 Julai 2014, KL

Misteri Kota Andalusia

Image
"Ada apa dengan Sepanyol?" Di dalam Alhambra - Istana Raja Nasrid Ya, soalan sama jugalah yang sering berlegar-legar di kepala saya kerana acapkali merasa nostalgik dengan negara Espana ini. Barangkali, saya sudah terkena "sumpahan" Espana seperti Shawn :) Malah, pemandangan yang tidak dapat saya lupakan adalah ketika menaiki bas Alsa  dari Granada ke Cordoba. Juga dari tingkap pesawat Vueling ketika hampir mencecah bumi Granada dari Barcelona tahun lepas. Pemandangan bandar Granada dari Sacramento Berbukit-bukau dengan kontur mengasyikkan. Ditambah pula dengan deretan pokok zaitun yang ditanam berteres-teres seperti padi bukit. Cuaca kering dan panas, tetapi tetap terasa hembusan angin Mediterranean melegakan. Sungguh, ia bukan pemandangan menggebu-gebu seperti putih salju gunung Swiss. Namun, ini juga yang saya kenang-kenang dan teringat-ingat hinggakan perjalanan 2 jam setengah itu cukup mengasyikkan. Baik dari Granada ke Cordo...

Impian Ramadhan 1435H

Image
Pemandangan kota Granada dari Al-Hambra 1 Ramadhan datang lagi. Saya doakan Ramadhan kali ini membawa perubahan besar kepada kita semua. Amin, amin. Pada petang 1 Ramadhan ini, saya berfikir yang angan-angan berpuasa, berterawih dan beraya di perantauan masih belum terlunas.  Mungkinkah sudah tiba masanya untuk berhijrah ke luar negara? (hehe) Waida Yusof, 1 Ramadhan 1435H KL PS: Sudah jam 4 petang. Sebentar lagi, harus ke Param (atau Pa sar Ram adhan). Perkataan yang hanya muncul dalam bulan istimewa ini. PSS: Tiada kaitan pun sebenarnya gambar kota Granada dengan entri kali ini. 

Tenang dalam Hidup

Image
"Beritahu saya, apa simple pleasure dalam hidup kamu?" Wanita itu bertanya kami semua sebelum kami memulakan kursus. Kata wanita itu, " Simple pleasure dalam hidupnya apabila dia dapat mendengar bunyi laut. Jadi, saya akan usahakan setiap hujung minggu untuk ke tepi laut." Di atas pulau If, di Marseille, Perancis Jawapan orang lain pula ada pelbagai bentuk. "...apabila makan." "...apabila bercucuk tanam." "...apabila melihat anak-anak saya tersenyum." "...apabila melakukan kod programming ." "...apabila menyelam." Lain orang, lain simple pleasure dalam hidup mereka rupanya. Pada masa itu, saya menjawab, " Simple pleasure dalam hidup saya apabila berbual-bual dengan orang yang saya tidak fahami bahasanya ketika travel." Seperti saya berbual-bual dengan lelaki Arab ini di dalam métro di Paris tahun lalu. Orang saya paling kagum adalah Qilah (dalam gambar). Pantang travel, mest...

Mekong Nadi Rezeki Asia Tenggara

Image
Saat-saat matahari terbenam di Sungai Mekong, Kemboja "Siapa tahu Sungai Mekong ini melalui berapa buah negara? Sungai ini sungai nombor berapa terpanjang di dunia dan di Asia?" Bertalu-talu soalan yang diutarakan ketua kumpulan kami (merangkap pemandu pelancong) pada petang itu, ketika kami menyusuri Sungai Mekong ini. Deretan perahu memenuhi pesisir Sungai Mekong Namun, tiada siapa yang mampu menjawab soalan Encik Salleh Lee pada waktu itu. Yang saya tahu, hanya 2 negara; iaitu Thailand dan Kemboja. Rupa-rupanya tekaan saya salah. Sungai yang ketujuh terpanjang di Asia ini melalui enam (6) buah negara. Bermula di China, kemudian melalui Myanmar, Laos, Thailand, Kemboja dan akhir sekali, Vietnam. Langsung saya tidak sangka. Sungai ini walaupun tidak selebar mana, namun mampu menjangkau sejauh 4 ribu kilometer lebih. Entah berapa jutaan manusia yang sudah bergantung hidup dan rezeki pada sungai ini. Sudah tentulah, di antaranya adalah pemandu bo...

Pelajaran dari Kemboja

Image
Komunikasi dengan orang asing di negara asing, tidak perlu perkataan kompleks dan panjang.  Cukuplah tahu sekadar yang ringkas bagi memulakan perbualan. Andai hati kita terbuka mahu mengenali dan berbual dengan orang itu, mesej kita pasti sampai ke hatinya . Itulah pelajaran saya terima dari Kemboja. Dan begitulah saya mengenali anak cilik ini di Kemboja 2 Mei lalu. Dia malu-malu, namun pandai berposing. Kemudian, dia akan berlari mengejar adik-adiknya di Maahad Tahfiz di Kampung Breybih, Phnom Penh itu. Sekali sekala kami berpandangan, dia pasti akan tersenyum manis. Teringin sekali mengetahui nama anak kecil ini hingga ayah kanak-kanak ini mengajar saya sepatah perkataan Khmer yang ringkas. '(niak) ch'muah ei' ( Cara menyebutnya 'ce-moh-ey'.) Kata ayahnya, "(Itulah perkataan) 'apa nama kamu' dalam bahasa Khmer." Akhirnya, tahu juga saya nama dia, iaitu Zainuddin. Selepas itu, seronok pula lensa kamera saya mengikut pergerakan...

99 Cahaya di Langit Eropah

Image
Hati ini senang sekali membaca buku '99 Cahaya Di Langit Eropa' tulisan Hanum Salsabiela Rais dan suaminya Rangga Almahendra. Kredit Foto: HanumRais.com Seolah-olah, buku ini menjawab persoalan mengapa saya mengembara. Antara yang tertulis dalam buku ini, di mana cikpuan Hanum memetik kata-kata Paulo Coelho dari The Alchemists. "Pergilah, jelajahilah dunia, lihatlah dan carilah kebenaran dan rahsia-rahsia hidup. Nescaya jalan apapun yang kau pilih akan mengantarkanmu menuju titik awal. Sumber kebenaran dan rahsia hidup akan kau temukan di titik nol perjalananmu. Perjalanan panjangmu tidak akan mengantarkanmu ke hujung jalan, justeru akan membawamu ke titik permulaan. Pergilah untuk kembali, mengembaralah untuk menemukan jalan pulang. Sejauh apapun kakimu melangkah, engkau pasti akan kembali ke titik awal." Ya, pergilah untuk kembali. Kembali menemui Tuhan kita. Amin :) Waida Yusof, 11 Mei 2014 KL PS: Buku 99 Cahaya di Langit Eropa jug...