Anekdot Luar Negara
Entri yang mahu ditulis pada Tahun Baru Hijrah sebenarnya :) Kadangkala, kita mungkin "take things for granted" sehinggalah tersedar perkara kita ada itu rupanya bukan sesuatu yang biasa. Gambar gelongsor yang diambil di tepi sebuah sungai di Lyon Biasa bagi kita, mungkin tidak biasa bagi orang lain. Tempoh hari, saya mendengar cerita tentang sebuah negara yang pernah berada di bawah pentadbiran Kesatuan Soviet dan berhampiran Laut Caspian. Kata ketua saya yang mengulangi kisah kawannya, "Di sana, ketika Presidennya berada di jalan raya, semua penduduk akan cepat-cepat menutup tingkap. Jika lambat, laju sahaja senapang diacu ke arah tingkap yang masih terbuka." Dia menambah lagi, "Pernah sekali, rumah kawan saya didatangi polis selepas jiran mengadu rumah mereka bising (walaupun bunyi bising itu berpunca dari suara anak-anak)." Rakan saya pula berkongsi pengalamannya bekerja di sana dua tahun. "Warga luar tidak boleh keluar rumah se...