Posts

Brugge itu Kota Cinta

Image
Kata orang, "Paris itu kota cinta." Kata saya, "Bukan Paris, tetapi Brugge di Belgium." Kota kecil tetapi menawan. Laluan kecil seperti ini adalah pemandangan biasa di kota ini. Bersarapan pagi bersama roti dan secawan coklat hangat. Sudahlah minum secawan coklat panas, dapat seketul coklat lagi Berbasikal keliling kota di atas batu bundar sehingga terjatuh. Melawat kincir angin. Memanjat beratus-ratus anak tangga dalam Belfry (menara jam). Dan terakhir sekali, menikmati semangkuk besar coklat panas terbaik dunia sebagai makanan tengahari. Apa definisi kota cinta kamu pula? :) Waida Yusof, KL 22 Jan 2014 PS: Ini bukan kempen jangan melawat Paris :)

Sakai Penempa Pisau Jepun

Image
Saya mengaku. Sebab-sebab saya mahu melihat satu-satu tempat itu memang pelik. (Mungkin itu antara sebab saya tidak tertarik langsung mahu ke Muzium Madame Tussaud itu sehingga sekarang...) Dan, apabila baru-baru ini berbual dengan kawan yang baru ke Jepun dan melihat pembuatan pisau di sana, terus saya tertarik. Cerita Mas, "Sakai memang terkenal sebagai tempat pembuatan pisau." Terus terbayang orang menempa pedang samurai. Hehe. Waida Yusof, KL 18 Jan 2014 PS: Angan-angan saya adalah mahu melihat Jepun pada musim luruh.

Tuaran dan Sisi Kehidupan

Image
Tuaran di Sabah. Andainya bukan atas urusan kerja, pasti tidak terfikir saya akan tiba di sini. Ter"kurung" di hotel yang sejam perjalanan dari bandar selama empat hari memang bukan cara ideal mengenali Tuaran. Namun, benar kata orang, "Momen indah itu datang saat kita langsung tidak menjangkakannya." Tanpa saya duga, Tuaran memiliki sisi indah tersendiri. Dan, Tuhan rezekikan saya mengenali sedikit sisi Tuaran itu hanya dari satu petang. Menaiki bot di Sungai Mengkabong Nota: Mengkabong adalah besar dalam bahasa Bajau. Menyusuri sungai yang dipenuhi pokok kayu bakau adalah menenangkan. Kredit Foto: Artid, orang Thailand bekerja di Malaysia Tanya Amin, pemandu trip kami petang itu, "Tahukah kamu bagaimana pokok bakau membiak?" Saya menggeleng. Kata Amin, biji benih pokok bakau panjang-panjang. Sekali imbas, rupanya seperti kacang panjang. Namun, badannya keras. Apabila tiba masa membiak, biji benih panjang itu akan jatuh ter...

Melihat Dunia

Image
Datang sahaja tahun 2014, saya dihasut. Di"hasut" menonton filem The Secret Life of Walter Mitty. "To see things thousands of miles away, things hidden behind walls and within rooms, things dangerous to come to, to draw closer, to see and be amazed." Ini adalah moto penerbit majalah Life dalam filem ini. Moto yang dapat diringkaskan sebagai 'Mahu lihat kehidupan, lihatlah dunia'. Jadi, tema kehidupan saya tahun ini adalah 'Menikmati Kehidupan' :) Waida Yusof, 3 Januari 2014 KL PS: Babak yang saya suka dalam filem ini adalah saat hero menuruni jalan bengkang-bengkok seperti ular menggunakan skateboard. 

Catatan Kembara 2013

Image
"Tidak bercuti?" (Terkejut apabila tidak bercuti) Geleng. Menghampiri saki-baki 2013 dan musim orang bercuti panjang, pasti soalan begini yang meluncur keluar dan pastinya dijawab dengan cuti yang sudah sold out. Pasti ketawa mereka seandainya saya memberitahu cuti tahunan saya sudah licin-licau sejak bulan Jun lagi. Merenung kembali sesi jalan-jalan 2013.... Selepas berjalan ke Ipoh pada penghujung Disember tahun lalu , tahun 2013 dibuka dengan saya terbang ke Vietnam menyertai rakan di pertengahan perjalanan mereka dari Thailand dan Kemboja. Jan Ho Chi Minh dan Hanoi, Vietnam. Masih teringat lagi, saya terpaksa keluar awal dari mesyuarat bagi mengejar kapal terbang ke Ho Chi Minh dan sejak itu, terus muka ini dicop sebagai kaki jalan oleh ketua :) Ipoh, Perak dan (terlanjut ke Pulau Pinang). Datang ke Ipoh berkeretapi dan pulang menaiki kereta, serta sempat lagi menyinggah ke Pulau Pinang. Pertama kali menonton wayang sebelum ke walimah orang ;) Juga pertama kali...

Menjadi Pengembara di Tanah Sendiri

Image
Mengemaskini telefon, terjumpa pula gambar ini. Entah dari artikel mana saya men' screen capture 'nya. Mungkin dari Lonely Planet. Teringat betapa pernah saya melawat kampung halaman sendiri di Perak dan saya menikmatinya sebagaimana saya melawat tempat asing :) Angan-angan yang sudah lama saya simpan adalah melakukan road tour ke kawasan pedalaman Malaysia. Waida Yusof, 29 Disember 2013 KL PS: Rupa-rupanya, beberapa hari sahaja lagi tahun 2013 akan tamat. 

Pesta Ski Di Puncak Swiss

Image
2 April 2013. Rezeki kami pagi itu murah. Biarpun suhu 1 darjah Celcius, hari itu, cuaca bermula cerah. Matahari juga tidak segan silu untuk keluar memancarkan sinarnya. Mudah kami memulakan perjalanan sehari ke puncak Jungfraujoch di Switzerland dan pulang ke Geneva malam itu juga . Sebaik keluar dari hostel , rupa-rupanya bukan kami sahaja yang mahu ke puncak. Banyak pula orang tempatan mengambil kesempatan ini bermain ski di puncak pergunungan Alps. Penuh dengan pemain ski di sepanjang trek keretapi stesen Wilderswil ini.  Berduyun-duyun seperti pesta sehingga saya dan kawan pula rasa kekok tidak sama-sama bermain ski. Tempat meletak papan luncur ski di dalam keretapi Seronok memerhatikan mereka. Yang kanak-kanak, inilah masanya mereka berjinak-jinak dengan dunia ski. Yang remaja, mencabar diri dengan bermain ski dari tempat tinggi. Naik kereta kabel ke tempat tinggi dan mula meluncur turun! Yang dewasa pula, emmm.. membuang salji dari bu...