Posts

[Tip] Mencari Bilik Di Luar Negara

Image
Rumah tumpangan lima bintang, Kew House "Bagaimana kamu cari bilik ketika mengembara?" Pernah seorang rakan bertanya ketika saya baru sahaja pulang dari Eropah. Dan, apabila dijawab pertanyaan itu dengan "Cari di Internet", yang bertanya itu lantas terkejut besar. Namun, pencarian itu bukan dengan terjah kosong. Sebaliknya, resipinya adalah 70 % Internet + 10% Gerak hati + 20% Tawakal = 100% Bilik Terbaik Justeru, mohon berkongsi satu tip yang digunakan. Biasanya, selepas menyenarai-pendek rumah tumpangan yang ingin diduduki, emel akan dihantar kepada mereka dengan TIGA tujuan:- 1 - Bertanyakan bilik yang ingin ditempah ( Tujuan utama ) 2 - Melihat mutu servis pelanggan dari tempoh dan gaya menjawab emel ( Tujuan tidak langsung ) 3 - Mengetahui tahap kefasihan bahasa pemilik rumah tumpangan ( Tujuan tidak langsung ) (Tujuan no 3 itu, saya gunakan ketika ingin pergi ke tempat yang bukan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama) Terim...

Rabu Tanpa Kata: Trivia Malaysia

Image
Petikan dari e-buku Lonely Planet: Southeast Asia on Shoestring Travel Budget - Malaysia Chapter . Ketawa seorang diri membaca kotak trivia tentang Malaysia ini. Waida Yusof, 17 Oktober 2012 Kuala Lumpur

Jenis-Jenis Travel Writing

Image
Membaca buku " Travel Writer " tulisan Tuan Yudasmoro, buat saya terinspirasi. Katanya, "Seseorang itu menulis tentang travel bukan kerana dia suka travel , tetapi menulis." Terpana saya saat membaca kata-katanya. (Insaf sebentar...) Oh ya, artikel-artikel beliau sering dipaparkan di media, antaranya Garuda Inflight, Jalan-Jalan, Aplaus the Lifestyle, dan Getaway. Dalam buku ini, beliau ada berkongsi empat jenis travel writing . 1. Jurnalisme Sastera - gaya penulisan yang ditulis menggunakan gaya bahasa sastera. 2. Jurnalisme Naratif - gaya penulisan yang bergerak mengikut plot. 3. Tulisan Feature - gaya penulisan yang fokus kepada peristiwa atau topik tertentu. 4. Wawancara Lalu, sebenarnya travel writing ini luas dan tidak terhad kepada satu bentuk sahaja. Selamat menulis! ^__^ Waida Yusof, 9 Oktober 2012 Bangi

Lelaki dari Tangkuban Perahu Itu

Image
Lelaki itu tega mengikut kami dari belakang sambil menjinjing barang bawaannya. Tasbih-tasbih dan gelang-gelang yang diperbuat daripada batu tempatan yang berwarna hitam. Pada awalnya, saya tidak mempedulikan kehadirannya. Namun, dia tetap setia mengikut kami dari belakang. Kawah Ratu, Tangkuban Perahu, Bandung, Indonesia (Ya, itu asap dari gunung berapi yang masih "hidup") Saat kami mendaki laluan bertangga di Tangkuban Perahu itu, dia setia menjadi penunjuk jalan. Saat kami bergilir-gilir bergambar, dia pasti menawarkan diri mengambilkan gambar buat kami. Saat kami berbincang sesama sendiri, dia pasti menyampuk memberi informasi tanpa diminta. Akhirnya, saya tidak mampu lagi berbuat tidak peduli kepada kewujudan lelaki ini, biarpun sudah dipesan supir (pemandu) awal tadi supaya berpura-pura tidak sedar kewujudan mereka. Mungkin kata-katanya, "Saya hanya dapat datang ke sini seminggu sekali. Selain saya, ada 1999 orang yang berdaftar bagi tugas ini," yang mem...

Kawan Baru Di Ukraine

Image
Hari ini, tersenyum-senyum saya tatkala membuka emel. (Siapa tahu suatu hari nanti, saya akan dapat ke Ukraine. Amin!) Maklumat projek PostCrossing di sini. Waida Yusof 19 Sept 2012 Kuala Lumpur

Tandas

Entah mengapa, malam ini saya teringat peristiwa nan satu ini. Kisah tentang tandas. Ya, kisah mencari tandas saat mengembara ke Ireland. Waktu itu, saya, adik dan ibu dalam perjalanan pulang dari Killarney ke Galway. Tiba-tiba, penumpang saya berkata dengan suara tertahan-tahan, "Kita cari tandas, boleh?" Kereta terus dibelok ke arah simpang keluar terdekat, Bunratty. Pitstop pertama, stesen minyak. Tiada tandas. Pitstop kedua, stesen minyak kedua. Tiada juga. Pitstop ketiga, tempat lawatan. Bunratty Castle & Folk Park. Ya, tandas ada di kedai cenderamata (sambil berpura-pura menjadi pelawat tempat ini). Akhirnya, membeli juga cenderamata di tempat ini. Tips Kembara: 1. Cari tandas di mana pelawat/pelancong berkumpul. 2. Stesen minyak bukan tempat mencari tandas :) Tips Kembara Bonus: Jika ke Bunratty Castle, bertentangan dengan tempat ini ada dijual sweater bulu kambing Arann dengan harga berpatutan :) Blarney Woolen Mills. Waida Yusof...

Kata-kata Hikmat Penjelajah

Antara blog kembara yang saya ikuti sekarang adalah, blog Fatt dari BackpackerBusuk . Jelajah beliau yang terkini dikongsi di blog adalah di Chengdu, Cina . Jujur, terinspirasi saat membaca blognya. Kagum juga dengan kegigihannya menulis cerita-cerita kembaranya satu per satu. Hanya satu yang saya mahu kongsikan (yang diceduk dari sana). "When you travel, remember that a foreign country is not designed to make you comfortable. It is designed to make its own people comfortable - Clifton Fadiman." Terjemahannya, "Saat mengembara, negara asing tidak pernah dan tidak akan membuat kita selesa. Sebaliknya, negara itu direka supaya rakyatnya yang selesa, bukan kita." Sungguh benar kata-kata ini! Waida Yusof, 3 Sept 2012 Bangi, Selangor