Posts

Pelajaran dari Kemboja

Image
Komunikasi dengan orang asing di negara asing, tidak perlu perkataan kompleks dan panjang.  Cukuplah tahu sekadar yang ringkas bagi memulakan perbualan. Andai hati kita terbuka mahu mengenali dan berbual dengan orang itu, mesej kita pasti sampai ke hatinya . Itulah pelajaran saya terima dari Kemboja. Dan begitulah saya mengenali anak cilik ini di Kemboja 2 Mei lalu. Dia malu-malu, namun pandai berposing. Kemudian, dia akan berlari mengejar adik-adiknya di Maahad Tahfiz di Kampung Breybih, Phnom Penh itu. Sekali sekala kami berpandangan, dia pasti akan tersenyum manis. Teringin sekali mengetahui nama anak kecil ini hingga ayah kanak-kanak ini mengajar saya sepatah perkataan Khmer yang ringkas. '(niak) ch'muah ei' ( Cara menyebutnya 'ce-moh-ey'.) Kata ayahnya, "(Itulah perkataan) 'apa nama kamu' dalam bahasa Khmer." Akhirnya, tahu juga saya nama dia, iaitu Zainuddin. Selepas itu, seronok pula lensa kamera saya mengikut pergerakan...

99 Cahaya di Langit Eropah

Image
Hati ini senang sekali membaca buku '99 Cahaya Di Langit Eropa' tulisan Hanum Salsabiela Rais dan suaminya Rangga Almahendra. Kredit Foto: HanumRais.com Seolah-olah, buku ini menjawab persoalan mengapa saya mengembara. Antara yang tertulis dalam buku ini, di mana cikpuan Hanum memetik kata-kata Paulo Coelho dari The Alchemists. "Pergilah, jelajahilah dunia, lihatlah dan carilah kebenaran dan rahsia-rahsia hidup. Nescaya jalan apapun yang kau pilih akan mengantarkanmu menuju titik awal. Sumber kebenaran dan rahsia hidup akan kau temukan di titik nol perjalananmu. Perjalanan panjangmu tidak akan mengantarkanmu ke hujung jalan, justeru akan membawamu ke titik permulaan. Pergilah untuk kembali, mengembaralah untuk menemukan jalan pulang. Sejauh apapun kakimu melangkah, engkau pasti akan kembali ke titik awal." Ya, pergilah untuk kembali. Kembali menemui Tuhan kita. Amin :) Waida Yusof, 11 Mei 2014 KL PS: Buku 99 Cahaya di Langit Eropa jug...

Terima Kasih, Kota Bharu

Image
"Adik, bakpe tok amik sejadoh?" (Adik, mengapa tidak ambil sejadah?) Perempuan separa tua itu menegur. Lagak beliau seperti seorang ibu menegur anak perempuannya sehingga saya tersipu-sipu seorang diri. Kemudian, beliau memusing sejadah yang dibawanya dari kedudukan menegak kepada kedudukan melintang sebelum kami sama-sama bersolat Zohor di Masjid al-Baro'ah. Di sini, pasti teringat kenangan berwuduk dengan air karat :) Kemudian, selepas solat, semua jemaah wanita pun bersalam-salaman. Situasi ini tetap seperti yang saya kenali dahulu. Biarpun sudah tiada lagi wakaf kayu cantik di hadapan restoran makanan segera 'A&W'. Biarpun pasaraya The Store sudah hilang kegemilangannya. Biarpun kedai buku yang sering saya kunjungi itu sudah 'hilang' ditelan zaman. Biarpun kedai makan yang saya suka Nasi Pattaya-nya itu saya sudah lupa lokasinya. Walau apapun, saya sudah bertemu kenangan 'rasa' yang saya cari. Rasa kekeluargaan yang pernah saya teri...

Kota Bharu Dalam Kenangan

Image
Kali terakhir saya ke Kota Bharu adalah pada tahun 2010. Sebelum itu, sudah tersangat lama saya tidak ke sini selepas tamat sekolah. Stesen bas Kota Bharu yang pernah menjadi nadi pengangkutan saya berulang-alik ke sekolah dahulu Hanya kali itu, jadual terlalu padat. Jadi, kali ini, saya berazam mahu pusing-pusing di bandar yang menjadi tempat 'outing' saya dahulu. Ada perkara yang berubah. Baru sekarang saya tahu nama masjid ini. Saya hanya panggil tempat ini 'surau di sebelah pasar Siti Khadijah' Ada perkara yang tetap tidak berubah. Pasar Siti Khadijah tetap penuh dengan peniaga wanita seperti masa lalu Ada perkara saya pun terlupa ia sudah berubah. Bangunan tinggi itu dahulu tidak kelihatan. Hanya ada kawasan padang yang luas serta wakaf tempat kami pelajar-pelajar sekolah asrama melepaskan penat ber'outing'. Namun, antara yang tidak berubah itu, misalnya kemesraan penduduk Kota Bharu yang sentiasa saya kenang sampai bi...

Erti Tudung di Paris

Image
Mengembara sebagai seorang wanita Muslim besar ertinya kepada saya, tambahan pula saya juga bertudung atau berhijab. Sebagaimana yang pernah saya tulis dahulu tentang erti tudung , makna tudung itu kepada saya tetap dan masih sama. Menara Eiffel yang sinonim dengan Paris "Muslim? Malaisie?" Seingat saya, seperti itulah kami ditegur seorang lelaki Arab tua di dalam métro di Paris. Bersungguh-sungguh lelaki tua itu cuba berbual-bual dengan kami, biarpun dalam bahasa ayam itik. Kata dia, "Saya cuma tahu berbahasa Arab dan Perancis." Kami pula hanya tahu berbahasa Melayu dan Inggeris. Namun itu tetap tidak  menghalang kami dari berbual-bual . Tambah lelaki tua itu lagi, "Saya suka Malaysia. Malaysia bagus. Mudah sekali menjadi orang Islam di sana." Perkara kecil tetapi nikmat yang saya seringkali terlupa. Syukur ya Allah. Waida Yusof, 23 Mac 2014 KL PS: Kemudian, lelaki tua itu bersungguh-sungguh menunjukkan arah ke hostel kami (biarpun...

La langue francais

Image
Antara angan-angan saya 2014 ini adalah belajar bahasa Perancis (selain dari menghasilkan BBKK ). Bukan belajar sendiri seperti yang saya buat 2 tahun sudah, tetapi belajar terus dari guru. Lalu, sejak Februari lalu dan Insya Allah sehingga April ini, saya berguru dengan Monsieur Hanafi dari Algeria.  Vous etes Malaisien? Au revoir! Waida Yusof, 16 Mars 2014 KL PS: Sejak berkenalan dengan Monsieur Hanafi, tertarik pula mahu berkelana ke Algeria.

Ketagih Mengembara Lagi

Image
Mengembara itu satu ketagihan. Les Calangues - Tempat yang lebih cantik dari Paris :) Sekali terjebak, sudah tidak boleh berundur lagi :) ...dan sekarang, kaki sudah mula "gatal-gatal" lagi mahu berada di jalanan. Pada hari terakhir Feb 2014 ini, saya senaraikan tempat saya mahu pergi (tanpa urutan kepentingan). Ke seluruh pulau Indonesia Berkeretapi merentasi Rusia, China dan Vietnam. Seluruh Andalusia + Morocco + Algeria Eropah Timur Turki + Greece Seluruh Scotland (terutamanya Highland) Seluruh Ireland  Berkereta dari Pulau Pinang ke Thailand Berkereta dari Kota Kinabalu ke Brunei. China Impian yang mahu dicapai sebelum menutup mata. Amin, amin! Waida Yusof, 28 Feb 2014 KL